Friday, March 16, 2012

Tip Untuk Berdakwah

Salah satu tip untuk berdakwah, mungkin boleh kita try:

Perkataan dan frasa seperti 'hendaklah', 'mestilah', 'tutuplah aurat' dan bermacam-macam 'lah' lagi adalah perkataan dan frasa yang mempunyai konotasi mengajak-ngajak dan mengajar-ngajar. Ia mengundang kefahaman kepada pembaca bahawa pembaca itu tidak melakukan perbuatan baik itu atau menjauhi perbuatan buruk tersebut. Cara mengatasi hal ini adalah dengan menukarkan ayat tersebut kepada ayat berbentuk informasi. Contohnya;

-----> ; Tutuplah aurat apabila meletakkan gambar di FB, jika tidak kita akan mendapat dosa 24 jam . (SALAH)

-----> ; Apabila kita menutup aurat di FB, orang lain akan memandang kita sebagai seorang yang baik, Allah juga suka, Nabi bertambah sayang. (BETUL)

<<<>>> Hendaklah kita membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
(SALAH)

<<<>>> Imam al-Syafie suka membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat (BETUL)

-----> ; Berbuat baiklah kepada sesama manusia nescaya ia mendatangkan kelapangan jantung hati kita (SALAH)

-----> ; Apabila kita berbuat baik kepada sesama manusia, Allah akan melapangkan jantung hati kita, insya Allah. (BETUL)

Apabila kita menulis dengan konotasi mengaja-ngajar, pembaca akan terdetik di hatinya, "Macamlah kau baik sangat." Tambahan pula apabila pembaca itu mengenali kita.

Ia bertambah teruk apabila kita memulakan dengan menyeru-nyeru kelompok tertentu, seperti, "Wahai muslimah sejati, tutuplah aurat kamu..."



Apabila mengajak para sahabat solat berjemaah, Nabi Muhammad tidak berkata, "Wahai sahabat sekalian, marilah kita solat berjemaah bersama-sama."

Nabi Muhammad mengucapkan kata-kata berbentuk informasi, "Solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat." Semua sahabat berlumba-lumba datang ke masjid.


Di petik daripada status :Ahmad Saifuddin Yusof (
http://www.facebook.com/profile.php?id=1182754801)

No comments:

Post a Comment