Thursday, January 23, 2014

Ilmu dan Amal



|Ilmu yang bermanfaat adalah daripadanya membuahkan amal|

Ilmu yang tidak diwarisi olehnya Adab maka tidak bermanfaat,
Ilmu yang tidak diwarisi olehnya Khasyah(takut yang terbina diatas ilmu) maka tidak bermanfaat,
Ilmu yang tidak merendehkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya maka tidak bermanfaat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.” (QS. Faathir [35]: 28)

Telah ditanya Imam Ahmad rahimahullah, siapa itu orang alim. Jawab Imam Ahmad '' Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat dan dirayah akan tetapi ilmu itu membuatkan kita takut kepada Allah'' kemudian berdalil dengan ayat di atas.

-semoga Allah redha

Faedah Pengajian Usul Thalathah,
Syeikh Muhammad Hassan hafizahullah(youtube)

Monday, December 16, 2013

Ikrar Kalimah Syahadah . Tahukan kita ?


Bicara seorang Muslim. Sebagai seorang muslim secara umumnya dan umat Islam di Malaysia secara khususnya tidak pernah lari apabila sesuatu isu hampir kesemuanya dikaitkan dengan permasalahan agama Islam. Mungkin ini disebabkan mereka benar-benar Muslim atau sekadar sentimen.

Kembali kepada tajuk asal, umat Islam pada umumnya tahu apa itu kalimah syahadah. Tetapi yang menjadi persoalan disini sejauh mana kefahaman kita berkenaan kalimah ini. Adakah kita hanya mampu menghafaz kalimah ini, atau menutur dengan penuh kefahaman atau sebagai umat Islam sendiri kita tidak pernah tahu berkenaan kalimah ini, hanya Islam atas dasar keturunan? Islam itu agama, tidak dapat tidak agama mesti diyakini.
 
Disini bukan tempat untuk saya membicarakan maksud sebenar kefahaman lafaz syahadah, rukunya, syarat dan perkara yang membatalkannya tetapi mengajak untuk kita kembali merenung dan bermuhasabah sejauh mana kefahaman kita berkenaan Islam. Ya, Islam itu menyeluruh merangkumi politik, ekonomi dan sebagainya tetapi tunjang, asas kita yang sebenar adalah Aqidah.  

*artikel pertama setelah pulang dari Jordan.
semoga Allah reda.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga di bulan ini kita melaksanakan amalan sebanyak mungkin yang bertepatan dengan Sunnah Nabi s.a.w. Ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan terkurang. Moga momentum kita dalam melaksanankan ibadah di bulan Ramadhan ini akan berterusan sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya. Moga segala amalan yang kita laksanakan diterima oleh Allah s.w.t.