Monday, October 8, 2012

Dalil Rukun Islam Dan Iman


Kita sudah  ketahui rukun Islam dan Iman. Di sini dinyatakan dalil berkenaannya.
1) Rukun Islam
Rukun Islam ada lima. Isinya adalah sebagaimana yang terkandung di dalam hadits Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وحج البيت وصوم رمضان
“Islam itu dibangun di atas lima perkara, yaitu: syahadat bahwasanya tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah dan bahwasanya Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, naik haji, dan puasa Ramadhan.” [HR Muslim (16)]
2) Rukun Iman
Rukun iman ada enam.
وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ
 akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi 
( al-Baqarah : 177)
ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-RasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan Kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali” (al-Baqarah : 285)
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَهُ بِقَدَرٍ
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). ( al-Qamar : 49 )
Sebagaimana yang terkandung di dalam hadits Umar bin Al Khaththab radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah  صلى الله عليه وسلم  ketika ditanya oleh malaikat Jibril ‘alaihis salam mengenai iman beliau menjawab:
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره قال صدقت
“(Iman adalah) engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari kiamat, dan engkau beriman kepada takdir yang baik dan yang buruk.” Lalu Jibril berkata: “Anda benar.” [HR Muslim (8)]
Barangsiapa yang meninggalkan salah satu perkara saja dari rukun-rukun di atas dengan penentangan dan pengingkaran yang jelas, maka dia telah keluar dari Islam dan menjadi kafir. Na’udzubillahi min dzalik.

Wednesday, October 3, 2012

Sebelum Bergelar Ustaz

Seorang sahabat saya memberikan artikel ini kepada saya dan saya telah membacanya. Saya rasakan ia patut dikongsi bersama kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi :
Salam syuhada'

Ini catatan setelah sebulan berada di Kota Riyadh. Catatan sebelum bergelar ustaz.

Saya menyangka saya sudah lama belajar agama. Sejak di bangku sekolah agama, Maahad Syamsul Maarif. Dengan sijil terakhirnya Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), seterusnya meneruskan perjalanan ilmu ke USIM dalam bidang Fiqh Fatwa selama tiga tahun dan kini saya sedang berada di Universiti Al-Imam, universiti yang sudah ramai melahirkan para ulama'. Disinilah dimana Sheikh Dr Soleh Al-Fauzan belajar dan mengajar, di sini juga Syeikh Mana' Al-Qattan (pakar bidang ulum Al-Quran) pernah menjadi tenaga pengajar.

Tapi sayang, seolah-olah tempoh belajar yang saya lalui itu bagai angin menerjah ke wajah kemudian berlalu pergi. Bila diseldiki apakah yang saya belajar selama hampir sedekad yang lepas. Saya malu bila sesetengah sahabat dan juga rakan facebook memanggil saya dengan gelaran ustaz, sedangkan hakikatnya, ilmu saya bukan di tahap sepatutnya ustaz miliki.

Semasa saya ditempatkan di Riyadh, ia bagaikan tempat memproses balik dan mengukur balik keupayaan sebenar saya. Bila saya mengharungi sebulan yang berlalu ini, barulah saya sedari lima asas ilmu untuk seorang itu bergelar ustaz (sekurang-kurangnya) belum lagi saya mencapainya.

Bahasa Arab

Ketika proses temuduga menempatkan tahap bahasa arab saya. Seorang pensyarah dari Mesir, Ustaz Omar Said menyuruh saya membaca petikan tidak berbaris dalam bahasa arab. Tersekat-sekat saya membacanya. Kemudian dalam masa yang sama beliau menyuruh saya mengi'rabkan petikan yang diberikan. Saya tidak dapat menjawabnya dengan sempurna.

Ustaz Omar Said bertanya 'berapa tahun kamu belajar nahu?' Saya menjawab tujuh tahun (dikira semasa saya sekolah menegah lagi). Beliau mengeleng kepala dan menempatkan saya di mustawa dua. 8 orang sahabat Malaysia yang lain juga turut berada di mustawa dua. Ketika itu saya akur, inilah tahap sebenar saya walaupun saya pasti apa yang diajar mustawa dua adalah sama tahapnya semasa saya belajar di sekolah menengah dahulu.

Ingat, sebelum bergelar ustaz, jangan mahu mengaku ustaz jika masih gagal membaca petikan tidak berbaris dengan tepat dan mengi'rabnya dengan betul!

Al-Quran

Saya pada awal-awal sampai di sini misi pertama yang mahu saya selesaikan ialah menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Motivasi yang saya sematkan di dalam jiwa saya ialah biarlah 30 juzuk ini adalah syarat dan juga mas kahwin saya sebelum menamatkan zaman bujang!.

Tapi saya betul-betul terkedu, hampir setiap selepas solat subuh dan asar, ruang halaqah-halaqah kecil di penghujung masjid dipenuhi mahasiswa yang sedang tasmi' al-quran. Saya rasa alangkah lambatnya untuk saya sampai ke sini, baru hari ini suasana menghafaz ini dapat saya rasai. Saya segera mendaftar sebagai pelajar tahfiz. Aib bagi mahasiswa di sini tidak menghafaz al-quran. Bayangkan lah ahli rumah saya semua hafiz al-quran dan tiga lagi jiran serumah saya juga hafiz al-quran. Sedangkan saya, juzuk amma belum pasti dapat saya tasmi' kesemuanya.

 Kini setiap selepas asar saya berpeluang tasmi' hafazan saya 4 hari seminggu. Semoga saya kuat menghafaz dan rajin mengulang.Saya bersyukur kerana halaqah saya tertera nama Halaqah Uthman B Affan R.A.

Ingat, sebelum bergelar ustaz jangan mahu mengaku ustaz jika tidak tersemat di dalam dada untaian-untaian kalam suci Al-Quranul karim.


Hadith

Di sini juga ada program hafazan hadith, tapi sayangnya waktu saya terlalu sempit untuk saya mengikuti tasmi' hafazan hadith. Nantilah tunggu segalanya nampak tenang saya akan menghafaznya. Saya sudah membeli arbain nawawi untuk dihafaz setelah melihat ramai mahasiswa di sini memegangnya dan sering melihat mereka membacanya setiap kali selepas solat.

Dan jika ditanya saya sekarang berapa hadith yang sudah dihafaz, saya harap jangan sekali bertanyanya, aib, aib untuk saya menyatakan.

Ingat, sebelum bergelar ustaz, jangan mahu mengaku ustaz jika tidak lancar dilidah matan-matan hadith sahih sebagai hujjah untuk amalan.

Tauhid

Risalah Al-Qairawan itu nama kitab tauhid yang sedang saya talaqqi setiap minggu bersama Sheikh Soleh Fauzan, salah seorang kibar ulama di Arab Saudi. Umur syeikh sudah 80 tahun tapi syukur masih sempat bertalaqqi dengannya.

Kalau dulu namanya hanya meniti dibibir sang pencinta ilmu dan fatwanya sering menjadi rujukan, sedang sekarang alhamdulillah, 4 hari seminggu saya sempat ketemunya untuk bertalaqqi kitab hadith, fiqh, dan juga akidah.

Bicara tentang akidah adalah bicara serius dan perlu kepada kesungguhan dengan kepaduan amal. Bila saya meneliti buku-buku akidah di sini, saya segan kerana  masih jauh dari menguasai perbahasan tauhid yang begitu penting untuk dilazimi oleh pencinta sunnah dan pembela tauhid.

Ingat, sebelum bergelar ustaz, jangan mahu mengaku ustaz jika tidak kuat padamu pegangan akidah seperti mana kuatnya akidah para salafusoleh yang menjaga umat ini dari kejahilan.


Fiqh & Usul Fiqh

Zad Mustaqni' kitab fiqh mazhab hanbali yang menjadi silabus setiap hari sabtu selepas solat maghrib di masjid asrama. Berpeluang mempelajari fiqh dari jalur mazhab yang lain membuatkan saya rasa tidak mampu untuk selesa tidur di asrama sedang banyak lagi ilmu-ilmu fiqh yang belum saya kuasai. Melihat keganjilan para pemuda saudi solat di masjid adalah bukti betapa kurangnya pengetahuan saya perihal feqah yang digunakan masyarakat di Saudi. Di sini cara solat pun ada keganjilannya, jika kalian belum pernah membaca kitab fiqh dalam mazhab yang pelbagai.

Hari ini juga kami mengambi inisiatif menjadikan Ustaz Ridhaudin sebagai mentor kami mempelajari ilmu usul fiqh. Muqaddimah perihal ilmu usul fiqh sudah cukup membuatkan saya lelah dengan maklumat-maklumat yang teliti yang disyarah oleh ustaz Ridha berkenaan keluasan ilmu usul fiqh.

Lantas saya bertanya pada diri, sebelum ini di mana masa-masaku dihabiskan?

Ingat, sebelum bergelar ustaz, jangan mahu mengaku ustaz jika tidak zahir padamu kekuatan dalam fiqh dan usul fiqh.

Tarbiyyah

Saya syukur walau berada jauh di negara orang, program tarbiyyah masih sempat saya ikuti. Berada dalam usrah sudah cukup menenangkan. Proses tarbiyyah menyerap segala ego dalam jiwa dan melatih rohani kita supaya sentiasa terpandu dalam segala amal perbuatan individu atau berjemaah.

Ingat, sebelum bergelar ustaz, jangan mahu mengaku ustaz jika usrah, qiamullail, muhadharah dan tazkirah jauh dari kamu.

Allah, semoga Allah belum menarik umur muda saya selagi saya belum menguasai ilmu-ilmu yang saya catatkan di atas.

Teringat tazkirah seorang syeikh di sini, yang menyuruh para penuntut ilmu untuk sentiasa menjadikan setiap tahun adalah tahun ibadah dan sentiasa berdoa dengan doa :

 "Ya Allah aku memohon darimu ilmu yang bermanfaat"