Monday, March 28, 2011

islamkan politik atau politikan islam

Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam ertikata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.

Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah.

Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh.

Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya:

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah.

Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira’un, Fir’aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)

“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.”(Surah al-Syu‘ara: 16-22).

Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah.

Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bahkan paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.

Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.

Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka.

Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!


dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=619

Saturday, March 19, 2011

Hanyut

Assalamualaikum.....


ermmmm,nk tnye la kn apa yang membuatkan kita terlelap kalau kita tidur.Sama ada kita terlelap disebabkan mata kita terpejam ke ataupun sebab kita tak mendengar.Jawapan nya adalah disebabkan telinga kita tidak mendengar.Firman Allah dalam surah baqarah, ayat 7 yang bermaksud ''Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka,penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.'' sebenarnya ayat ni Allah tujukan kepada orang kafir disebabkan bukan Allah saja-saja nak tutup mata hati dia orang,tapi sebab dia orang tu sendiri.Sebagai contoh,pada zaman nabi dahulu, pak saudara nabi ,Abu Jahal bukan tak tahu ajaran yang nabi bawa tu benar,tapi dia sendiri menafikan sebab harta,pangkat dan macam2 lagi.
Kalau nak tengok orang zaman sekarang ,diorng bukan tak tahu Islam tu betol,tapi faktor dia orang tu sendiri.Jadi,semuanya bergantung pada diri seseorang tu sendiri.Kebenaran dah jelas tapi sama ada orang tu sendiri yg mencari atau tidak.Nak dikaitkan dengan pasal tidur tadi, fenomena tadi macam ada link dengan ayat Allah yang kat atas.kalau nk kire dari sains ayat tadi, jelaslah bahawa kita nie kalau tidur akan terlelap disebabkan kita tak mendengar,macam bangun pagi juga,kita bangun bukan sebab mata kita celik,tapi sebab kita dengar jam loceng dan sebagainya.

Dan fenomena tidur nie pula boleh terjadi pada orng Islam sendiri dalam tuntutan mengerjakan apa yang Allah suruh.Betul lah macam orang kata,kita nie setiap hari kena baca Al-Quran,paling koman pun satu ayat sehari.Bukan apa, takut jadi macam fenomena tidur tu la.Kita hidup kat muka bumi Allah nie mesti ada panduan dan Al- quran tu adalah buka panduan umat manusia dan makhluk2 nya di muka bumi ini.Jadi, kalau kita tak membaca buku panduan/Al-quran kita akan hanyut la dalam 'tidur' kita.DAN kalau kita ada masalah dari setiap sudut,kita boleh rujuk balik Al-quran sebab dalam Al-quran semua benda dah ada,tak kira la dari sudut ekonomi,politik dan perniagaan.jadi sekadar itu sahaja.Assalamualaikum.









Sunday, March 13, 2011

majlis penutup masisupa

Assalamualaikummmm.......waaa,letih nye la rse nye...tido rse mcm x puas je....ye r, dh 2 ari berulang dri umah ke wosto ,pas2 gi ke teluk sentang plok tgk bola..berulang gtu je 2 ari nie...
Untuk majlis penutup masisupa kali nie x meriah langsung....x tau la bnde sbb nye...khairiah taun nie gondol semua piala....ilmiah dpt,permainan pon dapat...jadi juara keseluruhan Masisupa untuk kali nie dpt kat Khairiah la....khairiah nie klu letak kat zon mane2 pon msti boleh mng...bkn nk belagak....xpi sbb skolah khairiah rmai sngt pelajar die...skolah lain x ramai sngt...tu yg klu kat khairiah satu acara utk sorang je....klu skolah lain sorng boleh masuk dalam 2 acara kot......
erm.....jam dh nk kul 7.12....kome berenti dlu la ek ...nk smyg maghrib plok..ok, salam...

Thursday, March 10, 2011

MASISUPA

waaaa.....!!!!!! esok dh nk gi masisupa....????? x nk..!!!! sbb..???wat kat wosto...klu ksi tdo atas tilam best gak....nie kne tido atas tikar......rela blk....rse nk blk je mlm tu.....boleh je klu blk mlm tu....xpi klu nk dtg balik hari esok tu,kne naik moto.....gne minyak plak....ishhh.susah btol....barang x siap agi nk packing...xpe,stu mlm je...esok tu blk la.....
heyy....!!!!rsau btol la nk bertnding nie....bkn bnde, rsau ke izin laluan...kadang2 dh tau bnde jawapan die..xpi klu orng tnye tu koi jadi paneee...tu masalah die....bio kelanok...mntak2 esok boleh je jawab izin laluan.....ok r..chow dlu..

Tuesday, March 8, 2011

tak gi 2syen...!!!!!!!

waaa.....!!!!!!dh lame x bkk blog....skung nie sbok utk Masisupa.....hei.....sbok semendang....dh bpe mnggu x gi 2syen.....klu x gi mnggu nie ,msok mnggu ke-3dh la kls skrang bnyk bnde x blaja...wei...!!taun nie SPM..(sedo2 skit)
....ari 2 mula2 sbb PELAPIS..best gak....bnyk bnde jgk yg x tau....cara2 nk urus BADIB,tnye2 kat star2 khairiah...wak2 kat sna best gak...kli pertama ,buat kertas keje....haha, mcm ketinggalan je...orng lain msti dh reti...mujur ade jgk wat bnde2 mcm nie...klu x ,smpai beso la x reti buat kertas keje....yg paling lawak...wak2 ari nk balik kot,x ingt la..kne menari...haha,buat malu je...mula2 rse mcm sakai...xpi klu pikir balik..mngkin nie slh stu cara nk bagi ilang rse malu.....
pas2, mnggu ke-2 kne gi KONPIP..yg nie lagi power rsenye...sbb jmpa MT Badib/Badik/Badar skolh2 dlm pahang nie....termasok lah SBPI Temerloh....rutin die,padat ....mlm mmg stok klu bngn pagi ngantok...dh la wat kat Padang Tengku.....duduk kat cerok....dh la jaoh...sabo je la...wak2 kat sna,unit disiplin bapok tegas nye...mula2 nye la..dh la skolh x kasi ape bnde yg kne bwk tuk program tu....peraturan die ,kne pkai baju kemeja msok dalam,ngan baju koler masok dalam....rela pakai bje melayu.....hahaha smpai busuk baju tu koi pakai..sepanjang duduk kat sna pkai bju melayu yg stu tu...tolok mase tido,riadah...klu kat PELAPIS ari tu,kne bincang ikot biro/lajnah...xpi kli nie kne bincang ngan skolh lain.....bnyk jgk la bnde yg kitorng x leh wat,xpi skolh orng lain boleh buat...jadi dlm perbincangan kat sna,tau la cara nk selesaikan masalah2....petang sblom ari balik tu pon riadah die kne menari....maklum la,kne orng same yg urus slot tu dengan PELAPIS...abng Yusuf a.k.a Black....lagi sdp die...dpt kawan yg satu kepala dngn die...lagi sakan la die menari kat depan...
xpi,ape2 pon...pengalam pegi kem2 mcm nie x pernah merasa langsong.....kire nye untung la,sbb kte ustaz kairul fathi,klu kursus mcm nie,kat luar mngkin dalam 350....bpok mahal nye.....
mnggu nie bakal msok mnggu ke-3 x gi 2syen...sbb nye ade masisupa...rse2 nye boleh x mng....?????boleh kot...xpi dengo2 cite kat KONPIP ari tu...boleh tahan kuat bdk Chenor...x tau la...sbb cikgu Nisah kabo,sblom2 nie x kuat....ape2 pon tawakal je la.....jdi ade mase lagi utk belatih...kne bnyk berdoa.....ok la...koi berenti dlu ..nk cari bahan skit agi,tok bahas tinggi...