Monday, December 16, 2013

Ikrar Kalimah Syahadah . Tahukan kita ?


Bicara seorang Muslim. Sebagai seorang muslim secara umumnya dan umat Islam di Malaysia secara khususnya tidak pernah lari apabila sesuatu isu hampir kesemuanya dikaitkan dengan permasalahan agama Islam. Mungkin ini disebabkan mereka benar-benar Muslim atau sekadar sentimen.

Kembali kepada tajuk asal, umat Islam pada umumnya tahu apa itu kalimah syahadah. Tetapi yang menjadi persoalan disini sejauh mana kefahaman kita berkenaan kalimah ini. Adakah kita hanya mampu menghafaz kalimah ini, atau menutur dengan penuh kefahaman atau sebagai umat Islam sendiri kita tidak pernah tahu berkenaan kalimah ini, hanya Islam atas dasar keturunan? Islam itu agama, tidak dapat tidak agama mesti diyakini.
 
Disini bukan tempat untuk saya membicarakan maksud sebenar kefahaman lafaz syahadah, rukunya, syarat dan perkara yang membatalkannya tetapi mengajak untuk kita kembali merenung dan bermuhasabah sejauh mana kefahaman kita berkenaan Islam. Ya, Islam itu menyeluruh merangkumi politik, ekonomi dan sebagainya tetapi tunjang, asas kita yang sebenar adalah Aqidah.  

*artikel pertama setelah pulang dari Jordan.
semoga Allah reda.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga di bulan ini kita melaksanakan amalan sebanyak mungkin yang bertepatan dengan Sunnah Nabi s.a.w. Ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan terkurang. Moga momentum kita dalam melaksanankan ibadah di bulan Ramadhan ini akan berterusan sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya. Moga segala amalan yang kita laksanakan diterima oleh Allah s.w.t.

Sunday, May 26, 2013

#1 JADUAL HARIAN BAGI SEORANG PENUNTUT ILMU


#1 JADUAL HARIAN BAGI SEORANG PENUNTUT ILMU
(siri petikan dari kitab 'Kaifa Tathlib al-'Ilm karya Dr. 'Aidh Al-Qarni)

1. Selepas solat Subuh hingga terbitnya matahari: Menghafal lima ayat al-Quran, satu hadith, dan kesimpulan ringkas dari matn.

2. Dari terbitnya matahari hingga waktu Zohor: Belajar formal atau pergi ke pejabat, atau bekerja atau berdagang.

3. Selepas Zohor: Membaca sejarah, sastera, makan tengah hari dan tidur siang.

4. Selepas Asar: Membaca beberapa buah buku yang telah aku (penulis) sebutkan di atas (merujuk kepada bab sebelumnya).

5. Selepas Maghrib hingga Isyak: mengulang hafalan al-Quran, hadith dan matn.

6. Selepas Isyak: menyaksikan siaran Islami di televisyen, membaca majalah-majalah yang berfaedah, buku-buku ilmiah, makan malam dan tidur.

Adapun untuk jadual mingguannya adalah seperti berikut:

1. Hari Khamis digunakan untuk bersilaturrahim dan berkumpul dengan keluarga.

2. Hari Jumaat untuk menghayati al-Quran, berzikir, berdoa, melakukan solat-solat sunat, memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW, introspeksi diri dan menata harapan.

Pasca skrip: Dr. 'Aidh al-Qarni menulis jadual sebegini dalam erti kata kehidupan seorang pelajar ilmu agama (syariah, usuluddin, tafsir dsb). Adapun pelajar aliran sains, tulisan ini bolehlah dijadikan panduan dalam menetapkan jadual harian.

Saturday, April 27, 2013

Berubahlah Segenap Sudut

 
Akhi Mursyid Al-Amien :

Perubahan itu adalah suatu pembelajaran (ta'allum) ; sentiasa membantu kita mencapai perkara yang baharu. Berpindah dari taqlid buta kepada kebebasan (istiqlal), membuat keputusan (ijtihad) dan menerima fitrah keadaan yang sentiasa berubah.

Agama, tabiatnya 'teguh', tetapi pandangan manusia itu sentiasa berubah dan baharu. Mekah bukanlah Madinah. Zaman kenabian bukan zaman khulafa ar-rasyidin. As-Syafie di Mesir tidak (sama seperti) As-Syafie ketika di Iraq. Ibnu Taimiyah juga, antara yang banyak perubahannya dalam hidup.

Perintah dalam Agama (mendahului) larangan. Rahmat datang sebelum balasan. Galakan sebelum ancaman. Mengenal aib diri sebelum kenal aib mereka. Awan dilangit sentiasa berubah. Sungai, berubah airnya. Permukaan bumi juga berubah. Matahari pula pada ufuknya.

Melihat segalanya itu bergerak dan berubah, tiada alasan untuk kita masih statik dan tidak berubah. Bebaskan konkongan berfikir dan berani membuat keputusan, ke arah Malaysia yang baru !

* هل أتبعك على أن تعلمني مما علمت رشدا *

Saturday, April 6, 2013

Mengenali orang-orang yang benar

Mengenali orang-orang yang benar

Perkara yang paling membahayakan di akhir zaman ini ialah apabila orang-orang menganggap bahawa kebenaran itu datang daripada tokoh-tokoh tertentu dan hanya akan menerimanya jika ia datang dari mereka.

Diriwayatkan para salaf selalu berpesan, إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله 'Sesungguhnya kebenaran itu tidak dikenali dengan orangnya tetapi kenalilah kebenaran maka nescaya kamu akan mengetahui siapakah orang-orang yang benar.' [Al-Adab al-shariyya oleh Ibn Muflih]

Kebenaran itu ialah apa yang datang daripada al-Quran dan as-sunnah. Hanya dengan mempelajari al-Quran, hadith dan ilmu-ilmu Islam maka barulah seseorang itu memiliki asas untuk menilai yang betul dan dapat mengetahui siapakah yang menetap di atas al-Quran dan as-sunnah dan siapakah orang yang menyelisihinya. Siapakah yang boleh diikut dan siapakah yang harus ditinggalkan.

Imam al-Bukhari rahimahullah meletakkan bab yang cukup jelas dalam hal ini bertajuk : بَاب الْعِلْمُ قَبْلَ الْقَوْلِ وَالْعَمَلِ 'Bab ilmu sebelum perkataan atau amal.'

Mereka yang tidak belajar al-Quran, hadith dan ilmu-ilmu Islam akan selamanya mengikut agama para tokoh mereka lalu benar dan salah, tenggelam atau timbul mereka itu adalah bersama tokoh tersebut. Apabila dikatakan sesuatu itu menyalahi hadith mereka akan berkata : Tok guru tak cakap pun, ustaz tak kata pun kalau salah mesti dia cakap atau tegur.

Apabila dianjurkan sesuatu amalan dari sunnah maka mereka menjawab, kami hanya ikut apa yang tok guru/tok syeikh/ustaz atau syeikh cakap dan beritahu. Dia suruh maka kami akan ikut, kalau dia tak kata apa maka kami pun tak berani nak memandai-mandai buat. Dia lebih tahu tentang al-Quran dan sunnah dari kami.

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : من يُرد الله به خيراً يفقهه في الدين 'Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya maka dia akan difahamkan dengan perkara agama.' [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Monday, March 25, 2013

Pesanan Sahabatku

- Akhi, ana ni ada masalah sikit. Iman tak kuat. Selalu naik turun

# Standard lah iman naik turun. Semua org menghadapi 'internal war' lawan syaitan dan hawa nafsu.
Antara perkara yangg banyak membantu kita menghadapi waktu siang adalah solat dan munajat kita pada waktu malam.

- Tapi kadang-kadang, kita dah tahan sabar ... kadang-kadang kalah juga dengan ujian...


#  Mcm enta muda lagi,kena mujahadah bagi biasa muda-muda ni untuk menghidupkan malam,nanti makin berusia,makin sibuk,makin penat,masa tu sbenarnya kita amat perlukan tahajjud,tapi kalau waktu muda tak terlatih,nanti kita tak larat atau susah nak biasakan.

Ust Zahazan pernah sebut,urusan dunia kita waktu siang penuh dgn godaan,maksiat dan tipu daya.
Nak dapat bantuan Allah hadapi cabaran waktu siang adalah dgn 'berdating' dgn Allah waktu malam.
Ana pun struggle nk enjoy solat malam,sebab syaitan ni kan bijak,kadang dia kacau mcm-macam kata nanti esok penat nak kerja lah,nanti tak cukup tidur lah. Tp kalau baca kisah Salaf, dieorang memang enjoy malam dengan ibadah,dan waktu siang mereka sangat gagah dan produktif.
Cuba baca surah muzammil dgn tafsirnya,itu adalah ubat Allah bagi pada nabi Muahmmad SAW dan ummatnya nk hidup sebagai 'rasulullah'. Kita rasul kepada rasulullah,nak tak nak kena guna ubat yang sama.
Solat malam,baca quran dengan tartil saat hening malam tu.
Ana ckp byk pun tak guna kalau tak amal,enta doakan ana juga kuat utk dpt amalkan apa yg kita sebut :)


Saturday, March 23, 2013

Jangan Marahhh ...

Daripada Ustaz Emran Ahmad:


Diam ketika marah adalah berpahala

Perkara sunnah bukan shj pd melakukan sesuatu tetapi juga dlm meninggalkan sesuatu keburukan. Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda: " لا تغضب " Janganlah kamu marah. [Al-Bukhari]

Kemarahan boleh memutuskan hubungan dan menghancurkan kebaikan. Jika rasa marah ketika berdiri, maka duduk. Jika masih marah maka berbaring. Mintalah perlindungan Allah dari Syaitan !

Wednesday, March 20, 2013

Jadilah Pendengar Yang Baik





Daripada Ustaz Firanda:

Kategori: Status Facebook
Diterbitkan pada 20 March 2013 Klik: 8

Banyak orang yang lebih suka jika dialah sang pembicara, sementara yang lain mendengarkan perkataannya…
Banyak diantara kita tatkala mendengarkan saudaranya berbicara maka segera dia potong…padahal saudaranya belum selesai berbicara…
Bahkan ia membantah pembicaraan saudaranya sebelum saudaranya selesai menyampaikan argumentasinya…
Diantara adab yang tinggi yang diajarkan oleh salaf adalah mendengarkan pembicaraan saudara dengan baik…

عن عطاء: إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحَدِّثُنِي بِالْحَدِيْثِ، فَأُنْصِتُ لَهُ كَأَنِّي لَمْ أَسْمَعْهُ، وَقَدْ سَمِعْتُهُ قَبْلَ أَنْ يُوْلَدَ

'Atoo rahimahullah berkata, "Sesungguhnya seseorang menyampaikan kepada tentang suatu pembicaraan, maka akupun seksama mendengarkannya seakan-akan aku tidak pernah mendengarnya, padahal aku telah mengetahuinya sebelum ia dilahirkan" (Siyar A'laam An-Nubalaa 5/86)

Tidak semua orang bisa sabar mendengar pembicaraan orang lain, terutama pembicaraan yang muter-muter (mbuleti), terlebih lagi pembicaraan yang sudah ia ketahui dan telah ia dengarkan sebelumnya…
Belajar mendengarkan pembicaraan saudara dengan baik merupakan akhlak yang sangat mulia, karena
- Sikap ini menunjukan tawadhu' seseorang…
- Menunjukan penghargaannya terhadap saudaranya…
- Menjaga perasaan saudaranya…
- Menyenangkan hati saudaranya yang tentunya senang jika pembicaraannya didengarkan dengan seksama

link : http://www.firanda.com/index.php/artikel/status-facebook/406-belajar-menjadi-pendengar-yang-baik

Saturday, March 16, 2013

Di antara Talbis Iblis



Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:

“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
artikel asal dan lengkap di http://drmaza.com/home/?p=2349