Disini saya lampirkan beberapa link : http://drmaza.com/home/?p=1729
http://syahirul.com/gagal-memahami-erti-zina-hati/
http://drjuanda.com/?p=206
link yang saya sertakan ini adalah buat tatapan umum, saya tidak akan menjelaskan secara terperinci mengapa dibenarkan perasaan dan keinginan cinta itu.
Ibnu Qayyim ada mengatakan bahawa :
فنقول العشق لا يحمد مطلقا ولا يذم مطلقا وإنما يحمد ويذم باعتبار متعلقه فإن الإرادة تابعة لمرادها والحب تابع للمحبوب فمتى كان المحبوب مما يحب لذاته أو وسيلة توصله إلى ما يحب لذاته لم تذم المبالغة في محبته بل تحمد وصلاح حال المحب كذلك بحسب قوة محبته
Dapatlah saya katakan bahawa cinta itu tidak boleh dipuji secara mutlak dan tidak sepatutnya dicela secara mutlak pula. Cinta boleh dipuja dan dicela menurut pertimbangannya.Sebab sesuatu kehendak dan keinginan itu bergantung kepada apa yang dicintai. Selagi apa yang dicintai termasuk sesuatu yang memang layak dicintai, atau sebagai sarana untuk menghantarkan kepada apa yang layak dicintai, maka cintanya yang berlebih-lebihan tidak akan dicela dan bahkan dipuji.Kebaikan keadaan orang yang mencintai juga bergantung kepada kekuatan cintanya.
(روضةالمحبين ونزهة المشتاقين لابن قيم الجوزية, Panduan bercinta dan memendam perasaan/ الباب السادس عشر في الحكم بين الفريقين وفصل النزاع بين الطائفتين, bab Keputusan hukum tentang dua golongan dan mendekatkan perbezaan antara keduanya( memuji cinta secara mutlak dan mencela cinta secara mutlak))
Dar al-Kutub Ilmiah, Beirut, Lubnan
No comments:
Post a Comment