Friday, December 16, 2011

Abdullah bin Abbas (wafat 68 H)

Abdullah bin Abbas adalah sahabat kelima yang banyak meriwayatkan hadist sesudah Sayyidah Aisyah, ia meriwayatkan 1.660 hadits. Dia adalah putera Abbas bin Abdul Mutthalib bin Hasyim, paman Rasulullah dan ibunya adalah Ummul Fadl Lababah binti harits saudari ummul mukminin Maimunah.

Sahabat yang mempunyai kedudukan yang sangat terpandang ini dijuluki dengan Informan Umat Islam. Beliaulah asal silsilah khalifah Daulat Abbasiah. Dia dilahirkan di Mekah dan besar di saat munculnya Islam, di mana beliau terus mendampingi Rasulullah sehingga beliau mempunyai banyak riwayat hadis sahih dari Rasulullah . Beliau ikut di barisan Ali bin Abi Thalib dalam perang Jamal dan perang Shiffin. Beliau ini adalah pakar fikih, genetis Arab, peperangan dan sejarah. Di akhir hidupnya dia mengalami kebutaan, sehingga dia tinggal di Taif sampai akhir hayatnya.

Abdullah lahir tiga tahun sebelum hijrah dan Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam mendoakannya “Ya Allah berilah ia pengertian dalam bidang agama dan berilah ia pengetahuan takwil (tafsir)”.Allah mengabulkan doa Nabi-nya dan Ibnu Abbas belakangan terkenal dengan penguasaan ilmunya yang luas dan pengetahuan fikihnya yang mendalam , menjadikannya orang yang dicari untuk di mintai fatwa penting sesudah Abdullah bin Mas’ud, selama kurang lebih tiga puluh tahun. tentang Ibnu Abbas, Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah berkata :”Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih mengerti dari pada Ibnu Abbas tentang ilmu hadits Nabi Shallallahu alaihi Wassalam serta keputusan2 yang dibuat Abubakar ,Umar , dan Utsman“.

Begitu pula tentang ilmu fikih ,tafsir ,bahasa arab , sya’ir , ilmu hitung dan fara’id. Orang suatu hari menyaksikan ia duduk membicarakan ilmu fiqih, satu hari untuk tafsir, satu hari lain untuk masalah peperangan, satu hari untuk syair dan memperbincangkan bahasa Arab. Sama sekali aku tidak pernah melihat ada orang alim duduk mendengarkan pembicaraan beliau begitu khusu’ nya kecuali kepada beliau. Dan setiap pertanyaan orang kepada beliau, pasti ada jawabannya”.

Menurut An-Nasa’I, sanad hadits Ibnu Abbas paling Shahih adalah yang diriwayatkan oleh az-Zuhri, dari Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utba, dari Ibnu abbas. Sedangkan yang paling Dlaif adalah yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Marwan as-Suddi Ash-Shaghir dan Al-Kalabi, dari Abi Shalih. Rangkaian ini disebut silsilah Al-Kadzib (silsilah bohong).

Ibnu Abbas mengikuti Perang Hunain, Thaif, Penaklukan Makkah dan haji wada’. Ia menyaksikan penaklukan Afrika bersama Ibnu Abu as-Sarah. Perang Jamal dan Perang Shiffin bersama Ali bin Abi Thalib.

Ia wafat di Thaif pada tahun 68 H. Ibnu al-Hanafiyah ikut menshalatkanya.

DISALIN DARI :
http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/01/ibnu-umar-abdullah-bin-umar-wafat-72-h/

Disalin dari : Biografi Ibnu Abbas dalam Al-Ishabah no.4772

Monday, November 21, 2011

Doa Solat Istikharoh & Nasihat Dr. Asri Buat pemuda pemudi


Sesiapa yang yang nak memilih calon ,bagi yg baru nak kahwin,bagi yang nak berkahwin lagi,semua boleh,yang nak bertunang lagi pun boleh juga..sebab boleh amalkan untuk buat pilihan,baik nak kahwin,buat buat pilihan kerja atau apa saja pilihan yang amat memerlukan petunjuk dari Allah SWT

Wednesday, November 2, 2011

Sekadar saranan bagi sahabatku yang kesedihan…

Di dalam hidup ini pasti ada sahaja perkara yang menjadikan diri kita kesedihan. Begitu banyak perkara yang dirasakan sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku dan sepatutnya tidak berlaku tetapi berlaku. Itulah namanya suratan takdir.

Memberi fokus kepada keadaan yang mendatangkan kesedihan, ingin saya berkongsi beberapa petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi kesedihan seperti berikut:

- Baca doa berikut dengan penuh penghayatan dan kefahaman:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, atau Engkau turunkan dalam kitabMu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu; Engkau jadikanlah Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap kesedihanku dan penghilang tekananku.” HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadith tersebut adalah sahih .

Secara penuh, matan hadith doa ini adalah seperti berikut: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesiapa sahaja yang ditimpa tekanan dan kesedihan lalu dia berdoa… (doa di atas ini)…; pasti Allah akan menggantikan tekanan dan kesedihannya dengan kegembiraan.” Lalu ada yang bertanya, ‘Wahai Rasulullah baguskah kami mempelajarinya?’ Jawab Baginda, “Sudah tentu. Sesiapa yang mendengarnya amat wajar mempelajarinya.”

Semoga Allah Ta‘ala memberi ketenangan dan kegembiraan kepada jiwa kita yang sering sahaja diuji dengan pelbagai ujian di dunia yang fana’ ini… Amiin ya Rabbal ‘Alamin.

Credit : http://www.facebook.com/Dr.Fadlan

Tuesday, October 4, 2011

UFB - Cakap Memang Senang. Tapi Apa Yang Mereka Tahu Pasal Hudud..??



Baru-baru ini Malaysia dimainkan dengan isu HUDUD. Ada satu kelompok yang mengatakan bahawa Hudud ini tidak sesuai sedangkan hukum Had ini adalah hukum dari Allah s.a.w manakala satu kelompok lagi mengatakan bahawa kita kena berkeras dalam melaksanakan hukum Hudud ini,tapi apakah penerangannya kepada orang-orang awam. Mari kita lihat video ini. Dengar sampai habis.

Saturday, September 3, 2011

BID'AH

Firman Allah :“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu” [al-Maidah 5:3]

Firman Allah : “Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?!” [al-Syura 42:21]

Sabda Rasulullah : "Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (dalam urusan ibadat) yang bukan mengikut (spesifikasi) cara kami , maka ia adalah tertolak (tidak diterima) "[H/R Muslim dalam Shahih Muslim no: 1718]

Dari ‘Aisyah, Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (perkara baru yang berkaitan dengan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka ia tertolak” [H/R Bukhari dalam Shahih al-Bukhari no: 2697]

Dari Abdullah bin ‘Abbas, Rasulullah bersabda : “Allah enggan menerima amal ibadah ahli bid’ah sehingga dia meninggalkan bid’ahnya itu” [H/R Ibn Majah dalam Sunan Ibnu Majah 1/25]

Dari Huzaifah berkata, sabda Rasulullah: “Allah tidak akan menerima amal ibadah ahli bid’ah, baik puasanya, solatnya, sedekahnya, hajinya, umrahnya, jihadnya, ibadah sunatnya, ibadah wajibnya. Ia terkeluar dari agama Islam sebagaimana keluarnya sehelai rambut dari adunan tepung” [H/R Ibn Majah dalam Sunan Ibnu Majah 1/25]

Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menutup pintu taubat bagi ahli bid’ah sehingga ia meninggalkan bid’ahnya” [H/R al-Thabrani dalam Abu Said al-Khadimi, Bariqah Mahmudiyyah Syarh Thariqah Muhammadiyyah 1/89-90]

Sabda bersabda: “Sesungguhnya Allah menutupi tabir taubat dari setiap pencipta dan pengamal bid’ah” [H/R al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausath no: 4202]

Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang ahli bid’ah mati, maka sesungguhnya telah menanglah dalam Islam suatu kemenangan” [H/R al-Khatib dan al-Darimi dalam Jalaluddin al-Suyuthi, al-Jami’ al-Shagier fi Ahadits al-Basyir wa al-Nadzir 1/35]

Dari ‘Abdullah Busr, bersabda Rasulullah : “Barangsiapa yang menghormati (memuliakan) ahli bid’ah, maka sesungguhnya ia telah membantu menghancurkan Islam” [H/R al-Thabrani dalam Jalaluddin al-Suyuthi, al-Jami’ al-Shagier fi Ahadits al-Basyir wa al-Nadzir 2/183]

Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Orang-orang ahli bid’ah itu seburuk-buruknya makhluk dan seburuk-buruk yang diciptakan” [H/R Abu Nu’aim dalam Ali al-‘Azizi, al-Siraj al-Munir 2/77]

Dari Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah bersabda: “Orang-orang ahli bid’ah itu adalah anjing-anjing neraka!” [H/R Abu Hatim al-Khuza’i dalam Ali al-‘Azizi, al-Siraj al-Munir 2/77]

Kebencian Generasi Salafus Soleh Terhadap Ahli Bid’ah

Sufyan al-Tsauri berkata: “Bid’ah lebih dicintai Iblis daripada kemaksiatan kerana (pelaku) maksiat dapat (diharapkan) bertaubat sedangkan (pelaku) bid’ah tidak dapat (diharapkan lagi) untuk bertaubat” [Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatwa 11/372]

Al-Fudha’il bin ‘Iyyadh berkata: “Sesiapa yang duduk dengan ahli bid’ah maka berhati-hatilah darinya dan sesiapa yang duduk dengan ahli bid’ah tidak akan diberi al-hikmah. Dan saya ingin jika di antara saya dan ahli bid’ah ada benteng dari besi yang kukuh, dan saya makan di sebelah Yahudi dan Nasrani lebih saya sukai daripada makan di sebelah ahli bid’ah!” [Riwayat al-Lalika’i, 4/638 no: 1149]

Al-Imam al-Barbahari berkata: “Jika kamu dapati seorang sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang buruk jalan dan mazhabnya, fasiq (derhaka) dan faqir, ahli maksiat, sesat namun ia berpegang dengan (manhaj atau prinsip) Sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu. Dan jika kamu lihat seseorang giat beribadah, meninggalkan kesenangan dunia (zuhud), bersemangat dalam beribadah (‘abid), pengekor hawa nafsu (bid’ah), maka janganlah bermajlis atau duduk bersamanya dan jangan pula mendengar ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan kerana saya tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya” [Lihat Syarh al-Sunnah, 124 no: 149]

Imam Syafi’e berkata : “Jika seorang hamba menghadap Allah dengan segenap dosa (besar) kecuali syirik jauh lebih baik daripada dia menghadap Allah membawa sesuatu berupa bid’ah” [Lihat Syarh al-Sunnah 124 disandarkan kepada al-Baihaqi dalam al-‘I’tiqad 1/184]

Imam Ahmad Hanbal berkata: “Kuburan ahli Sunnah pelaku dosa besar bagaikan taman sedangkan kubur ahli bid’ah biarpun ahli zuhud adalah jurang neraka!. Orang fasiq di kalangan ahli Sunnah termasuk wali-wali Allah sedang orang-orang zuhud dari kalangan ahli bid’ah adalah musuh-musuh Allah!” [Lihat Thabaqat Hanabilah 1/184]

Amru bin Qais al-Mulaiy dan Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Jika kamu lihat seorang pemuda tumbuh bersama Ahli Sunnah Wal Jama’ah harapkanlah kebaikannya dan bila ia tumbuh bersama ahli bid’ah berputus asalah dari mengharap kebaikannya kerana pemuda itu bergantung di atas apa yang pertama kali ia tumbuh dan dibentuk” [Lihat Al-Ibanah 1/205 no: 44 dan 2/428 no: 518. Lihat juga al-‘Adab al-Syari’ah oleh Ibnu Muflih 3/77]

Sa’id bin Jubair berkata: “Seandainya anakku berkawan dengan orang fasiq licik tetapi Sunni (ahli Sunnah) lebih aku cintai daripada dia berteman dengan ahli ibadah namun mubtadi’ atau pelaku bid’ah” [Lihat Ibnu Baththah dalam al-Syarh wa al-Ibadah 132 no: 87]

Al-Awwam bin Hausyab berkata mengenai anaknya, Isa : “Demi Allah! Sungguh jika aku melihat Isa duduk dengan pemain muzik dan peminum arak dan orang yang berbicara sia-sia lebih aku sukai daripada aku melihatnya duduk dengan tukang debat ahli bid’ah!” [Lihat al-Bida’ 56]

Al-Fudha’il bin ‘Iyyadh berkata:”Sesiapa yang menghormati ahli bid’ah bererti dia memberi bantuan untuk meruntuhkan Islam dan sesiapa yang tersenyum kepada ahli bid’ah maka dia telah menganggap remeh apa yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad, dan sesiapa yang menikahkan puterinya kepada mubatadi’ atau pencipta dan pelaku bid’ah, maka dia telah memutuskan hubungan silaturrahimnya. Dan sesiapa yang mengiringi jenazah seorang mubtadi’ akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia kembali. Saya makan bersama Yahudi dan Nasrani dan tidak makan bersama mubtadi’” [Lihat Syarh al-Sunnah 139]

Mengenal Ciri-Ciri Ahli Bid’ah

Imam al-Barbahari berkata: “Jika kamu mendengar seseorang mencerca atsar atau hadis-hadis, menolaknya dan menginginkan selain itu, maka curigailah keislamannya dan jangan kamu ragu bahawa ia adalah pengikut hawa nafsu dan mubtadi’ atau pengamal bid’ah” [Lihat al-Ibanah 2/115-116 no: 134]


Syaikh Abu Utsman Ismail bin Abdur Rahman al-Shobuni berkata: “Dan tanda-tanda ahli bid’ah itu sangat jelas kelihatan pada mereka dan salah satu tanda yang paling menonjol adalah kerasnya permusuhan mereka terhadap para pembawa berita (hadis) Rasulullah, menghina dan meremehkan mereka” [Lihat Aqidatus Salaf 102 no: 163]

Qutaibah bin Sa’id berkata : “Apabila kamu lihat seseorang mencintai ahli hadis (ahli Sunnah), maka ketahuilah bahawa dia di atas Sunnah dan siapa yang menyelisihi perkara ini (membenci ahli Sunnah) maka ketahuilah bahawa dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah)” [Muqaddimah kitab Syi’ar Ashhabul Hadith Lil Ahkam 7

Sunday, June 19, 2011

Nabi Muhammad S.A.W bukan untuk di KAGUMI



''sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kalamullah (al-Quran) dan sebaik-bauk petunjuk adalah Muhammad s.a.w.''

Ucapan ini adlah potongan hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan an-Nasaie dengan sanad yang sahih dan lafaz yang berbeza-beza. Adapun lafaz di atas, adalah lafaz riwayat Imam an-Nasaie.

Sebagaiman yang kita tahu, semua orang mempunyai idola masing-masing.Ini adalah disebabkan mereka dikagumi dengan kebolehan, kemahiran dan kelebihan mereka tetapi berbeza dengan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah seorang nabi yang bukan dijadikan dan diutuskan untuk dikagumi sebaliknya untuk dicontohi. Kagum di sini maksudnya *merujuk kamus dewan dan pustaka edisi ke-4 perasaan amat tertarik ataupun ta'jub. Manakala contoh pula bererti benda untuk ditiru ataupun model. Jadi, amat ketara perbezaan antara kagum dan dicontohi. Kita sebagai muslim perlu tahu bahawa Nabi Muhammad adalah role model dan qudwah kita.Kita jangan jadi seperti orang kafir yang hanya kagum terhadap Nabi Muhammad s.a.w. kerana mereka sekadar ta'jub terhadap nabi tetapi tidak mencontohi nabi.


Tuesday, June 14, 2011

SALAF VS KHALAF

Mutakhir ini, perbahasan agama diantara pendapat khalaf dan salaf dilihat agak rancak berlaku. Adakalanya, perbahasan ini lebih cenderung untuk membuka pintu perbalahan diantara pengikut kedua-dua aliran tersebut.

Sejarahnya terlalu panjang untuk di kisahkan disini tentang bila dan bagaimana ianya berlaku. Sejarah ini bukan baru setahun dua sudah bermula, tetapi telah berkurun lamanya diperbahaskan.

Di alam Melayu sendiri, pertembungan dua aliran ini telah berlaku sejak zaman awal masuknya Islam ke Nusantara. Di Malaysia khususnya, ia telah berlaku sejak dizaman gemilangnya tokoh seperti Tok Kenali. Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkannya dari sumber-sumber yang lain kerana keutamaan saya menulis tidak kearah pengkisahan semula sejarah.

Apa sebenarnya?

Perkara asas yang menjadi perbezaan diantara aliran khalaf dan salaf ialah dari sudut pengambilan hukum dan dalil. Bermula dari titik inilah ianya memperbahaskan tentang tauhid, fiqah dan akhlak.

Secara asasnya, aliran salaf bersumberkan terus daripada Al-Quran dan Hadis untuk mengistinbat hukum dan bagi aliran khalaf, disana ada empat sumber pengambilan hukum yang utama. Pertamanya ialah Al-Quran, keduanya ialah Hadis, ketiganya ialah Ijma’ Ulama dan yang keempat ialah Qias.Ada juga sesetengah ulama’ yang berijtihad dengan menggunakan sumber pengambilan yang kedua seperti istihsan dan masalih almursalah.

Siapa Yang Betul & Siapa Yang Salah

Semua orang tidak sukakan pergaduhan dan perbalahan. Maka disana akan keluar dalil bahawa semua orang Mukmin itu adalah bersaudara. Dalil-dalil mengenai pergaduhan dan perbalahan juga terlalu banyak untuk di huraikan satu persatu.

Jadi, mana satukah pendapat yang boleh kita ikuti. Khalaf atau salaf? Kerana ianya melibatkan cara kita berfikir dan juga cara kita melaksanakan ibadah. Kalau solat Tarawih, anda mahu 20 rakaat atau 8 rakaat.

Kalau membicara soal ketuhanan, anda mahu menerima bahawa Allah itu duduk di atas arasy atau Allah itu tidak mempunyai tempat.

Saya percaya bahawa kebanyakan orang awam seperti saya akan keliru dan pening kerana semua hujah-hujah yang dinyatakan dibawa oleh tokoh-tokoh yang diiktiraf oleh masyarakat.

Maka sebab itulah, saya tekankan kepentingannya untuk kita berguru untuk melaksanakan ibadah. Memberi nilai tambah kepada ibadah kita dengan ilmu, bukannya sekadar ikut-ikutan ataupun lebih mudah bahasanya, ibadah itu tidak lebih dari adat sahaja.

Jadi persoalan ini saya pulangkan kepada untuk untuk menilai. Dimana salahnya khalaf dan dimana tak betulnya salaf. Fikir tuan-tuan!

Jalan Penyelesaian

Saya sendiri akan tersenyum sendirian bila memikirkan jalan penyelesaiannya. Sebab saya sendiri bukanlah insan yang layak berijtihad. Jadi bagi mendepani isu ini, saya suka memakai hujah-hujah guru saya agar kita bersikap rasional . Pemikiran yang rasional akan menutup pintu ta’asub dan kita akan dapat menilai dengan pemikiran dan hati yang tenang. Mintalah petunjuk Allah.

Atas dasar penyatuan ummah jugalah, Imam Hassan AlBanna telah menggariskan 20 usul didalam kitabnya “Usul Isyrin” bagaimana untuk kita berhadapan dengan situasi ini. Beliau telah berusaha untuk menyatukan kedua-dua golongan ini dan memusatkan fokus umat Islam kepada satu iaitu, Jihad melawan kuffar.

Perbalahan ini telah dan akan merugikan masa depan umat Islam itu sendiri. Kita akan terjebak dengan kancah perdebatan yang melekakan. Ianya tidak akan berkesudahan.

Rumusan

Sudah sampai masanya untuk kita meninggalkan titik-titik perbezaan dan mencari serta menyusun titik-titik persamaan. Tiada ruginya untuk berlapang dada. Kita fokuskan fikiran dan gerk kerja kepada perkara yang lebih aula.

Kepada para alim ulama, para imam mujtahid serta mufti-mufti yang digaji, duduklah semeja dan leraikan permusuhan.

Kepada kita semua, beramallah selagi mana anda meyakini bahawa amalan tersebut mempunyai hujah yang kukuh serta tidak melanggar syara’.

Wallahua’lam.

* untuk rujukan tuan punya blog

Salinan dari :http://kembarasalik.wordpress.com/2009/11/18/salaf-vs-khalaf/


Friday, June 10, 2011

Kenangan 2011...

Assalamualaikum.....
*Pada hari Jumaat,
*pukul 8.36,
*di Masjid Abu bakar Temerloh..

aku selamat menjadi tok bilal terjun apabila di panggil untuk menjadi tok bilal isyak....Excited, debar dan macam- macam lagi perasaan pon ada...Cuak pon ada sebab tempat yang aku azan nie masjid daerah, bukan surau...dan aku rasa kan benda nie adalah kenangan bagiku sebab aku x pernah azan kat masjid daerah...

#13 Jom Bersiap


*kita dah rasa diri kita nie cukup amalan ke...????
*so, jom persiapkan diri...!!!!
*jom perbanyakkan amalan....
:)

Thursday, June 2, 2011

Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Generasi paling awal dan utama di kalangan mereka adalah para sahabat, kemudian diikuti oleh para tabi’in dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka. Generasi pertama di kalangan mereka dikenali dengan nama Salaf. Mereka berpandukan al-Quran dan sunnah tanpa menghuraikan kenyataan yang samar (mutasyabihat) dan menyerah maksudnya kepada Allah. Ini berpandukan kepada kenyataan Allah dalam surah Ali Imran, ayat 7,

Maksudnya: “Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang mutasyaabihaat kerana mempunyai tujuan menimbulkan fitnah dan mencari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Pada zaman awal, mereka tidak banyak berhujah menggunakan logik kerana mereka bersikap menerima tanpa perlu banyak berhujah tentang apa sahaja yang dinyatakan dalam al-Quran, sunnah dan para sarjana Islam, sahabat dan tabi’in.

Mereka itu terdiri daripada pelbagai bidang kegiatan. Ada yang bergiat dengan mendalami ilmu agama dalam berbagai-bagai bidang, seperti akidah yang berkaitan dengan perkara-perkara beriman kepada Allah, perkara-perkara kenabian dan risalah, dan rukun-rukun iman yang lain, mendalami ilmu al-Quran dan sunnah, ilmu fikah dan akhlak. Ada pula yang memberi perhatian khusus dengan merekod sanad iaitu turutan penyampai yang dipercayai daripada Nabi Muhammad bagi menjamin keselamatannya daripada kepalsuan. Ada yang mendalami ilmu qiraat. Ada vang sibuk dengan perkara-perkara membersihkan hati dan jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah yang dikenali dengan golongan tasauf. Ada yang menghabiskan umur berjihad di medan perang mempertahankan Islam dan memerangai musuh-musuhnya. Ada yang sibuk dengan ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu (tatabahasa), sorof, balaghah, sastera dan sebagainya yang menjadi alat penting bagi mempelajari agama dengan bahasanya. Dan ada pula yang sibuk dengan urusan-urusan lain tetapi mereka adalah pengikut setia kepada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dalam perkara pemerintahan mereka bersepakat menegaskan wajibnya melantik khalifah sebagai memimpin umat dan melaksanakan hukum Allah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya. Mereka juga berpendapat khalifah itu daripada kalangan Quraish kerana golongan itu paling kuat dan berpengaruh pada masa itu. Khalifah itu mesti melafazkan bai‘ah iaitu ikrar setia dalam perkara yang tidak bercanggah dengan Allah dan rasulnya. Lafaz ikrar setia ini dilakukan oleh umat Islam atau wakil mereka yang dinamakan Ahlu Halli wal Aqdi. Mereka berpendapat, mesyuarat dianjurkan dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan hadis. Jadi, khalifah, Ahlu Halli wal Aqdi dan mereka yang mengendalikan urusan negara itu mesti adil daripada pengaruh peribadi mengendalikan urusan negara. Rujukan yang menjadi ukuran adil itu adalah kitab Allah dan sunnah Nabi Muhammad.

Mengenai para sahabat, mereka menjunjung tinggi semuanya, mengakui keempat-empat khalifah ar-Rasyidin adalah orang yang paling layak pada zaman masing-masing. Mereka memohon supaya Allah mengampuni para sahabat dalam pertelingkahan dan peperangan yang berlaku di kalangan mereka. Ini kerana jasa mereka besar bagi menegakkan kalimah Allah walaupun di antara mereka sudah tentu ada yang tersalah dalam pertelingkahan itu. Inilah yang disifatkan oleh Allah dalam al-Quran surah al- Hasyr, ayat 10,

Maksudnya: “Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, “Wahai Tuhan kami! Ampuni kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah engkau menjadikan dalam hati kami perasaan hasad dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat limpah belas kasih-Mu dan maha penyayang”.

Generasi pertama ini tidak menamakan diri mereka dengan nama-nama fahaman tertentu. Ini kerana umat Islam pada masa itu bersatu daripada segi hidupnya, para sahabat yang masih hidup menjadi tumpuan bagi bertanya masalah. Amalan ini juga berlaku pada zaman para tabi’in. Mereka bukan sahaja tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat, sebaliknya menyandarkan apa yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah dan menghuraikan secara meleret-meleret.

Kesemua imam mazhab yang terkenal seperti Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad bin Hambal, Sufian as-Sauri dan lain-lain berpegang dengan aliran salaf ini.

Sejarah Kemunculan Mazhab Al-Asyairah

Apabila negara Islam berkembang luas, berlaku perbincangan antara saudara-saudara baru mengenai agama. Antara topik yang terpenting adalah membicarakan masalah akidah. Hasil daripada beberapa perbincangan, lahir berbagai-bagai fahaman yang berpandukan logik. Akibatnya, ada yang terpesong dalam memahami teks al-Quran yang sebenar. Walau apapun berlaku, Allah berjanji memelihara agamanya dengan melahirkan sarjana yang mempertahankan akidah yang tulen. Antara sarjana-sarjana itu adalah Imam Abu Hasan al-Asy’ari.

Abu Hasan al-Asy’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali aljubbai. Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam. Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asy’ari bangun berucap di Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari.

Antara teori Abu Hasan al-Asy’ari adalah mengemukakan 13 sifat yang wajib bagi Allah secara terperinci iaitu:

1- Ada

2- Bersedia

3- Kekal

4- Berlawanan dengan sesuatu yang baru

5- Berdiri dengan sendirinya

6- Satu

7- Berkuasa

8- Berkehendak

9- Mengetahui

10-Hidup

11- Mendengar

12-Melihat

13-Berkata-kata

Beliau juga menghuraikan perkara taklid iaitu mengambil pendapat orang lain tanpa hujah yang menguatkannya ataupun tidak dalam perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat itu. Beliau menghuraikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepercayaan pada rukun-rukun iman.

Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al-Ayyubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Antara mereka adalah al-Asfaraini, al-Qafal, aljarjani dan lain-lain sehingga sekarang.

Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ari adalah dengan mengemukakan hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya memberi sumbangan politik yang besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asya’irah. Di samping itu, lahir tokoh sarjana Islam yang menyambung aliran fahaman ini seperti Abu Abdullah bin Mujahid, Abu Hasan al-Bahili, Abu Bakar bin al-Taib al Bakillani, Abu Bakar bin Furak, Abu Ishak al-Asfiraini, Abu Muhammad aljuwaini, Abu Mazfir al-Asfaraini, Imam al-Haramain aljuwaini, Hujah Islam Imam al-Ghazali, dan Imam Fakruddin al-Razi.

Imam Abu Hasan al-Asy’ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan yang masih ada pada zaman sekarang antaranya Al-Ibanah Min Uslul Dianah. Dalam buku ini, beliau menyokong dengan tegas kepada Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya. Begitu juga dalam buku Al-Luma’ Fir Raddi ‘Ala Ahlil Zaighi wal Bida‘ibeliau mendedahkan hujah logik dan teks. Buku Maqalatul Islamiyiin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting dalam pengajian fahaman-fahaman akidah. Buku Istihsan al-Khaudhi Fil Ilmu Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Asy’ari, ia tidak menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal, isu melihat Allah pada hari Kiamat, membetulkan perkara yang berhubung dengan Qada’ dan Qadar dan lain-lain dan menjadi golongan pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai fahaman pada zamannya.

Imam Abu Hasan Asy’ari meninggal dunia pada tahun324 Hijrah dengan meninggalkan pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. Seterusnya aliran ini memerlukan pembaharuan lagi dalam mengemukakan hujah-hujah kontemporari bagi mempertahankan akidah yang sebenar.

Al-Maaturidiyyah

Di sebelah timur negara Islam iaitu di daerah Maturid, wilayah Samarkand, lahir sarjana Islam yang bernama Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur Maturidi. Beliau lahir pada tahun 332 Hijrah. Beliau membawa aliran ideologi akidah dalam fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi beberapa penyelewengan pada zamannya. Beliau adalah sarjana Islam dalam mazhab Hanafi.

Beliau muncul di Asia Tengah pada waktu masyarakat Islam dilanda aliran ideologi yang menyeleweng daripada akidah yang sebenar. Antaranya mazhab Muktazilah, Mujassimah, Muhammad bin Karam Sajassatani iaitu pemimpin fahaman Karamiah, Qaramitah yang dipimpin oleh Hamdan As’ad, Jaham bin Safuan iaitu pemimpin fahaman Jahamiah, dan ahli tasauf Husin bin Mansur al-Hallaj. Imam Abu Mansur Maturidi membawa peranan yang besar bagi menghadapi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.

Walaupun beliau hidup sezaman dengan mazhab Imam Abu Hasan al-Asy’ari, namun beliau mempunyai teknik berhujah dan huraian yang berbeza. Para sarjana Islam menyatakan, Imam Abu Mansur Maturidi lebih cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanifah dalam perkara akidah. Ini kerana beliau merujuk risalah-risalah dan buku-buku yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah seperti Fikh Akbar, Fikh Absat, Kitab Ilm dan sebagainya.

Terdapat beberapa perselisihan antara Abu Mansur Maturidi dengan Abu Hassan al-Asy’ari. Antaranya dalam isu Makrifatullah (mengenal Allah), Abu Hassan menyatakan wajib mengetahuinya menurut sumber agama tetapi Abu Mansur berkata wajib juga dengan berpandu dengan akal. Dalam isu sifat-sifat Allah, Abu Mansur menambah dengan sifat-sifat maknawiyah iaitu sifat yang menjadi penguat kepada sifat Ma’ani beserta sifat-sifat Ma’ani. Fahaman Maturidiah mewajibkan hukum akal beserta syarak sehingga beliau berselisih dengan sebahagian sarjana Fikah dan Hadis. Terdapat lagi huraian-huraiannya berhubung Qada’ dan Qadar dan lain-lain yang berbeza dengan huraian fahaman Asya’irah.

Abu Mansur Maturidi meninggalkan pusaka ilmu yang banyak selain membela fahaman Ahli Sunnah bagi menghadapi pelbagai fahaman yang menyeleweng. Pusaka ilmunya adalah murid-murid yang ramai dan pengikut-pengikut yang meneruskan ajarannya. Antara murid-muridnya adalah Abu Ahmad Iyad, Abu Qasim Hakim Samarkandi, Abu Hussin Wastaqfani, Abdul Karim bin Musa Inbazadari, Abu Asyimah Abi Lais Bakhari dan lain-lain. Antara pengikut-pengikut yang meneruskan alirannya adalah Sadar Islam Abu Yasir Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim Bazadui, Maimun bin Muhammad Nasfi yang dianggap tokoh sarjana terbesar dalam fahaman ini selepas Abu Mansur. Adakala sebahagian menganggap mereka adalah kumpulan kecil seperti Syaharsatani dalam fahaman Asya’irah, Najmuddin Abu Hafiz Samarqandi Nasqi, Nuruddin Ahmad bin Muhammad Syobuni, Bukamal bin Yam iaitu sarjana terbilang dalam fahaman Hanafi dan lain-lain lagi.

Buku-buku yang dikarang oleh Abu Mansur Maturidi adalah buku Jadal dan Ma ‘akhiz Syarai’. Kedua-dua buku ini membincangkan Usul Fikah. Buku-buku dalam ilmu ketuhanan antaranya, Tauhid, Muqalaat, Ra’du Ala Qawashat, Bayan Wahm Muktazilah, Ra ‘du Amamah Libaddu Rawafaz dan banyak lagi. Apa yang mendukacitakan, buku-buku itu hilang begitu sahaja. Buku yang masih tersimpan adalah buku Tauhid dan Maqalaat Selain itu ada buku-buku beliau dalam ilmu yang lain.

Abu Mansur Maturidi juga seperti Abu Hassan Asy’ari yang membawa pembaharuan dalam pengajian akidah. Beliau memasukkan hujah-hujah logik akal semasa menghadapi perkembangan fahaman baru yang timbul pada zamannya. Pada zaman para sahabat dan generasi awal kalangan tabi’in termasuk imam-imam mujtahidin yang pertama lebih bergantung kepada hujah-hujah teks daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad sahaja.

Salafiah

Selepas lahir pelbagai teori mengenai akidah, lahir fahaman-fahaman yang bukan sahaja berhujah dengan logik tetapi juga menggunakan falsafah. Maka lahir pula dalam masyarakat Islam orang-orang yang mahu supaya kembali pada sumber asal sahaja. Mereka muncul pada zaman terkini iaitu pada kurun ke tujuh Hijrah. Sebenarnya, mereka adalah daripada aliran Imam Ahmad bin Hanbal dan teori itu dihidupkan semula. Tokoh yang terkemuka adalah Imam Ibnu Taimiyah. Beliau dan pengikut-pengikut menentang keras golongan yang cuba menghurai ayat-ayat yang mutasyabihat. Golongan ini mahu supaya ayat-ayat yang mutasyabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks yang jelas dalam al-Quran dan hadis. Antara ayat-ayat yang mutasyabihat seperti nuzul (turun), istiwa’ (bersemanyam), al-dhahaq (ketawa) dan lain-lain dengan tidak menyamakan Allah dengan makhluk. Selain itu, mereka membangkitkan kembali isu amalan masyarakat dengan huraian-huraian yang panjang mengenai dengan perkara-perkara yang membawa kepada syirik, seperti kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam perkara tawassul (mohon perantaraan), ziarah kubur dan sebagainya.

Mereka juga tegas menentang penggunaan ilmu logik menyebabkan golongan salaf yang baru ini bergeser dengan fahaman Asya’irah dan Maturidiah yang menjadikan ilmu logik sebagai sebahagian daripada perbincangan akidah. Golongan salaf ini menolak huraian ayat-ayat mutasyabihat yang dilakukan oleh Asya’irah dan Maturidiah. Ibnu Taimiyah yang hidup pada abad yang ketujuh Hijrah menjadi tokoh terkemuka dengan mengemukakan hujah-hujah melalui buku-buku yang karangannya.

Oleh kerana aliran ini dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal, mereka hanya meneruskan aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad. Beliau ingin perbincangan dan pengajian akidah dikembalikan seperti zaman Nabi Muhammad, para sahabat dan tabi’in. Walaupun ada cabaran baru yang tidak ada pada zaman mereka, kadang-kadang hujah logik dan falsafah perlu digunakan bagi menolak hujah golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariah dan sebagainya.

Wahabiah

Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud. Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.

Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Semasa mereka menguasai Makkah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.

Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah. Fahaman ini disokong oleh gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmad di Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

KESIMPULAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Kesemua mereka yang disebut di atas adalah daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.

Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang sebenarnya.


Dipetik daripada blog Dr. Abdul Basit