Saturday, April 27, 2013

Berubahlah Segenap Sudut

 
Akhi Mursyid Al-Amien :

Perubahan itu adalah suatu pembelajaran (ta'allum) ; sentiasa membantu kita mencapai perkara yang baharu. Berpindah dari taqlid buta kepada kebebasan (istiqlal), membuat keputusan (ijtihad) dan menerima fitrah keadaan yang sentiasa berubah.

Agama, tabiatnya 'teguh', tetapi pandangan manusia itu sentiasa berubah dan baharu. Mekah bukanlah Madinah. Zaman kenabian bukan zaman khulafa ar-rasyidin. As-Syafie di Mesir tidak (sama seperti) As-Syafie ketika di Iraq. Ibnu Taimiyah juga, antara yang banyak perubahannya dalam hidup.

Perintah dalam Agama (mendahului) larangan. Rahmat datang sebelum balasan. Galakan sebelum ancaman. Mengenal aib diri sebelum kenal aib mereka. Awan dilangit sentiasa berubah. Sungai, berubah airnya. Permukaan bumi juga berubah. Matahari pula pada ufuknya.

Melihat segalanya itu bergerak dan berubah, tiada alasan untuk kita masih statik dan tidak berubah. Bebaskan konkongan berfikir dan berani membuat keputusan, ke arah Malaysia yang baru !

* هل أتبعك على أن تعلمني مما علمت رشدا *

2 comments:

  1. NICE SHARING

    follow sini..ke 75..jemput singgah ke blog Yumida http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Thanks, manfaat kita semua .

    ReplyDelete