Sunday, May 26, 2013

#1 JADUAL HARIAN BAGI SEORANG PENUNTUT ILMU


#1 JADUAL HARIAN BAGI SEORANG PENUNTUT ILMU
(siri petikan dari kitab 'Kaifa Tathlib al-'Ilm karya Dr. 'Aidh Al-Qarni)

1. Selepas solat Subuh hingga terbitnya matahari: Menghafal lima ayat al-Quran, satu hadith, dan kesimpulan ringkas dari matn.

2. Dari terbitnya matahari hingga waktu Zohor: Belajar formal atau pergi ke pejabat, atau bekerja atau berdagang.

3. Selepas Zohor: Membaca sejarah, sastera, makan tengah hari dan tidur siang.

4. Selepas Asar: Membaca beberapa buah buku yang telah aku (penulis) sebutkan di atas (merujuk kepada bab sebelumnya).

5. Selepas Maghrib hingga Isyak: mengulang hafalan al-Quran, hadith dan matn.

6. Selepas Isyak: menyaksikan siaran Islami di televisyen, membaca majalah-majalah yang berfaedah, buku-buku ilmiah, makan malam dan tidur.

Adapun untuk jadual mingguannya adalah seperti berikut:

1. Hari Khamis digunakan untuk bersilaturrahim dan berkumpul dengan keluarga.

2. Hari Jumaat untuk menghayati al-Quran, berzikir, berdoa, melakukan solat-solat sunat, memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW, introspeksi diri dan menata harapan.

Pasca skrip: Dr. 'Aidh al-Qarni menulis jadual sebegini dalam erti kata kehidupan seorang pelajar ilmu agama (syariah, usuluddin, tafsir dsb). Adapun pelajar aliran sains, tulisan ini bolehlah dijadikan panduan dalam menetapkan jadual harian.

No comments:

Post a Comment