Tuesday, April 3, 2012

Telitilah Wahai Sahabat





Sepertimana yang kita ketahui, zaman sekarang merupakan zaman moden dan pada zaman ini orang semakin mencari ilmu-ilmu agama. Pada zaman moden ini, dengan mudah kita dapat mencari maklumat serta info-info terbaru samada dalam perbahasan agama, politik ataupun berkaitan dengan suasana sosial dan masyarakat melalui internet yang mana merupakan maklumat di hujung jari dan melalui buku-buku, kitab-kitab serta karya-karya ulama, ilmuan yang sudah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Pada zaman ini juga, masyarakat kita semakin mencari-cari ilmu agama sehingga sanggup berulang pada setiap hujung minggu ke ibu negara atau kemana-mana sahaja tempat yang jauh semata-mata ingin menuntut ilmu.


Perubahan masa dan zaman yang membuatkan pemikiran masyarakat kita semakin berfikiran terbuka dan dapat berfikir dengan lebih jauh dan meluas berbanding pada zaman dahulu yang mana masyarakat mempunyai fikiran yang lebih jumud dan bersifat 'mengongkong'. Tetapi , dengan kepesatan maklumat pada zaman sekarang kita perlu berhati-hati dan bertanya kepada diri kita sendiri ''adakah sahih atau tidak sesuatu maklumat atau info yang kita dapati itu ? '' . Perkara ini yang sebenarnya yang perlu kita teliti.

Jika kita lihat pada zaman sekarang, medan ilmu semakin rancak berbicara, berbahasa dan sebagainya. Dimana-mana sahaja kita akan lihat manusia akan berbicara mengenai ilmu terutamanya di dalam Facebook, Twitter serta laman-laman forum. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berbicara mengenai perkara yang dibenarkan tetapi perlulah memenuhi piawaian yang ditetapkan. Tetapi, medan ilmu ini akan tetap dicemari oleh orang yang taksub dengan pandangannya , tidak menerima serta mengiktiran pandangan orang lain , menghina, mencaci, mengkafirkan orang yang tidak sebulu dengannya serta menggunakan hujah-hujah yang palsu bagi mempertahankan pendapatnya.

Ingatlah bahawa pada zaman yang serba canggih ini, mari kita teliti dan menyemak sesuatu maklumat seta info yang kita dapati. Allah Subhanahuwa Taala berfirman

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujurat:6]

Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa perlunya kita selidiki atas setiap berita dan maklumat yang kita perolehi agar kita tidak menganiaya orang lain atas perbuat kita yang terlalu membenarkan segala khabar angin yang tidak kita ketahui kesahihannya.Sabda nabi :

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

''Cukuplah seseorang dikatakan berdusta, jika ia menceritakan setiap yang dia dengar.”

(HR. Muslim).

Jadi, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan saling tegur menegur dalam kesilapan agar kita bertambah baik dari masa-masa. Jika dahulu kita orang yang kekurangan ilmu, alhamdulillah sekarang kita berada di zaman orang semakin mencari ilmu. Jika dahulu kita orang yang selalu mencari ilmu sekarang kita menjadi orang yang mencari ilmu dan maklumat dengan penuh penelitian agar bukan sahaja mengelakkan diri kita daripada kecelakaan bahkan kepada orang lain juga.

No comments:

Post a Comment