Tuesday, January 17, 2012

Membawa Pembaharuan


Dunia hari ini, terdedah kepada pelbagai isu. Manusia mampu menilai pandangan dengan menggunakan medium-medium yang ada pada hari ini seperti Facebook, blog-blog, karya-karya ilmuan dan sebagainya. Tetapi kejumudan yang mengongkong pemikiran masyarakat dahulu mengundang kebangkitan Liar.

''Berbeza pandangan antara pelbagai golongan masyarakat adalah perkara biasa.Apatah lagi dalam perkara-perkara yang sememangnya boleh diberikan pelbagai tafsiran dan andaian.Perbezaan pandangan dalam usaha mencari keputusan yang terbaik adalah satu keperluan hidup insani. Mengikut secara membabi buta tanpa mahu berfikir dan menilai adalah punca kesesatan ataupun sebab kepada kemunduran sesebuah masyarakat''(Dr Asri, Travelog Minda Tajdid, PTS Islamika)

Semua ini sudah berlaku dari zaman dahulu lagi sehingga golongan-golongan yang membawa pembaharuan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah di beri label-label tertentu seperti wahabi dan kaum muda sehingga membuatkan masyarakat takut dengan pemikiran yang dibawa oleh mereka. Masyarakat hari ini bukan seperti masyarakat zaman dahulu. Jika kita lihat masyarakat dunia sekarang ber revolusi untuk mahukan politik yang adil, tidak hairanlah masyarakat dunia sekarang juga mahukan pemikiran yang 'telus' dan 'adil'.

Lebih membimbangkan apabila pandangan ilmiah yang memenuhi piawaian yang betul 'diharamkan' atas nama agama. Ini menyebabkan sesetengah golongan yang menguasai agama menghukum orang yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh agama ataupun musuh Tuhan. Realitinya, jumud pemikiran ini membawa kepada kebangkitan yang menghapuskan segala keterikatan, sekalipun keterikatan yang wajar. Itu adalah punca Islam tidak hanya mengharamkan sikap cuai dalam agama, tetapi juga mengharamkan sikap melampau ataupun keras dalam beragama yang bukan pada tempatnya. Kedua-duanya adalah jalan kejahilan, kesesatan dan jalan syaitan.

Firman Allah ''Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus". (al-Maidah, 77).





golongan ahbas merupakan puak yang melampu
sehingga menuduh sesiapa yang tidak bersependapat
dengan mereka sebagai sesat, keluar mazhab
dan pelbagai label-label yang bertujuan memaki hamun



Kejumudan golongan agamawan yang menyebabkan agama Kristian dipersenda




No comments:

Post a Comment