Tuesday, January 17, 2012

IBADAH


Apabila disebut dan dikatakan ibadah, semuanya akan merujuk kepada solat, zikir, puasa, haji dan perkara-perkara yang sering menampakkan seperti ibadah khusus. Allah s.a.w berfirman ''Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku'' (ad-Zariat 56) .Jika ditimbang menggunakan neraca logik akal, mustahil bagi kita untuk beribadah kepada Allah s.a.w sepanjang waktu.Jadi kita akan tertanya-tanya 'di celah mana kita mahu selitkan antara kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia ?'. Islam tidak menghalang umatnya untuk bekerja didunia , bahkan menggalakkan umatnya untuk mencari rezeki yang halal, firman Allah ''Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.'' (al-Maidah 88).

Berdasarkan hadith Segala amalan dimulai dengan niat'' ''(sahih Bukhari 1;6;bab wahyu) dapat kita simpulkan bahawa ibadat bukan sahaja terikat dengan segala amalan khusus seperti solat dan sebagainya tetapi ibadah kepada Allah juga boleh berlaku dengan melakukan amalan yang bersifat harus, berubah kepada ibadat, contahnya makan merupakan amalan yang bersifat harus tetapi ia boleh bertukar menjadi ibadat dengan kita meng'niat'kan perbuatan makan tadi kepada niat makan kerana dengan kekenyangan tadi kita dapat beribadat kepada Allah. Ibadah ini juga boleh berlaku seperti si ayah bekerja dan bersusah payah bekerja demi memberi nafkah kepada si isteri dan anak-anak, isteri membantu suami menguruskan rumah tangga, anak-anak berusaha bersungguh-sungguh demi agama, keluarga dan negara.





IBADAH KHUSUS DAN UMUM

Ibadah terbahagi kepada dua jenis iaitu, ibadah umum dan ibadah khusus

*Ibadah khusus ialah ibadah yang utama ditentukan cara dan syaratnya. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah khusus seseorang itu tidak beriman, contohnya solat, puasa, zakat dan haji.

-Ibadah khusus merupakan bersifat ''tauqifi''(terhenti) sehingga ada dalil yang menunjukkan kita dibenarkan beramal dengan nya. Sebagai contoh,kita tidak boleh melakukan solat jumaat pada hari khamis atau sebagainya kerana in merupakan bersifat tauqifiyah (mencontohi apa yang ada, ia tidak wujud melainkan ada dalil, ia tidak dilakukan kecuali dijumpai dalil) kerana ada nas yang jelas mengenai solat jumaat, caranya, waktunya dan lain.

-
Sebagai contoh, Allah berfirman ''berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan ''. Jadi, dalil ini umum yang mana kita bebas berdoa pada bila-bila tetapi ada doa yang khusus seperti doa istikharah, doa makan, doa naik kenderaan dan sebagainya. Doa khusus ini kita mesti beramal dengan mengambil dari Al-Quran dan Sunnah 100 % dan tidak boleh direka-reka. Jika kita mengkhususkan sesuatu amalan yang tidak ada sumbernya dari Al-Quran dan Sunnah, maka kita telah menokok tambahkan ajaran didalam Islam serta mendustakan kebenaran yang telah dibawa oleh Rasulullah dan mengganggap agama Islam itu tidak lengkap sehingga kita boleh mereka- reka.


*Ibadah umum
merupakan kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka berdosalah kita.
Contoh ibadah umum ialah bermuamalat, memberi pendidikan dan sebagainya.

-Ibadah umum ini tidak boleh dikhususkan sehingga ada dalil yang mengkhususnya.



Ibadah merupakan satu syariat yang datang dari Allah s.a.w. Jadi segala yang berkaitan dengan perkara ibadah mestilah merujuk berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.Tetapi malang sekali ramai orang yang hendak melakukan kebaikan tidak kena dengan caranya. Ramai di antara kita yang menjadikan tradisi nenek moyang mereka dan adat istiadat sebagai hujah sedangkan kebanyakkannya bercanggah dengan prinsip yang telah ditetapkan di dalam Islam


~Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah dengan kefahaman generasi Salaf.~


No comments:

Post a Comment