Sunday, June 19, 2011

Nabi Muhammad S.A.W bukan untuk di KAGUMI



''sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kalamullah (al-Quran) dan sebaik-bauk petunjuk adalah Muhammad s.a.w.''

Ucapan ini adlah potongan hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan an-Nasaie dengan sanad yang sahih dan lafaz yang berbeza-beza. Adapun lafaz di atas, adalah lafaz riwayat Imam an-Nasaie.

Sebagaiman yang kita tahu, semua orang mempunyai idola masing-masing.Ini adalah disebabkan mereka dikagumi dengan kebolehan, kemahiran dan kelebihan mereka tetapi berbeza dengan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah seorang nabi yang bukan dijadikan dan diutuskan untuk dikagumi sebaliknya untuk dicontohi. Kagum di sini maksudnya *merujuk kamus dewan dan pustaka edisi ke-4 perasaan amat tertarik ataupun ta'jub. Manakala contoh pula bererti benda untuk ditiru ataupun model. Jadi, amat ketara perbezaan antara kagum dan dicontohi. Kita sebagai muslim perlu tahu bahawa Nabi Muhammad adalah role model dan qudwah kita.Kita jangan jadi seperti orang kafir yang hanya kagum terhadap Nabi Muhammad s.a.w. kerana mereka sekadar ta'jub terhadap nabi tetapi tidak mencontohi nabi.


No comments:

Post a Comment