Saturday, September 3, 2011

BID'AH

Firman Allah :“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu” [al-Maidah 5:3]

Firman Allah : “Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?!” [al-Syura 42:21]

Sabda Rasulullah : "Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (dalam urusan ibadat) yang bukan mengikut (spesifikasi) cara kami , maka ia adalah tertolak (tidak diterima) "[H/R Muslim dalam Shahih Muslim no: 1718]

Dari ‘Aisyah, Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (perkara baru yang berkaitan dengan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka ia tertolak” [H/R Bukhari dalam Shahih al-Bukhari no: 2697]

Dari Abdullah bin ‘Abbas, Rasulullah bersabda : “Allah enggan menerima amal ibadah ahli bid’ah sehingga dia meninggalkan bid’ahnya itu” [H/R Ibn Majah dalam Sunan Ibnu Majah 1/25]

Dari Huzaifah berkata, sabda Rasulullah: “Allah tidak akan menerima amal ibadah ahli bid’ah, baik puasanya, solatnya, sedekahnya, hajinya, umrahnya, jihadnya, ibadah sunatnya, ibadah wajibnya. Ia terkeluar dari agama Islam sebagaimana keluarnya sehelai rambut dari adunan tepung” [H/R Ibn Majah dalam Sunan Ibnu Majah 1/25]

Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menutup pintu taubat bagi ahli bid’ah sehingga ia meninggalkan bid’ahnya” [H/R al-Thabrani dalam Abu Said al-Khadimi, Bariqah Mahmudiyyah Syarh Thariqah Muhammadiyyah 1/89-90]

Sabda bersabda: “Sesungguhnya Allah menutupi tabir taubat dari setiap pencipta dan pengamal bid’ah” [H/R al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausath no: 4202]

Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang ahli bid’ah mati, maka sesungguhnya telah menanglah dalam Islam suatu kemenangan” [H/R al-Khatib dan al-Darimi dalam Jalaluddin al-Suyuthi, al-Jami’ al-Shagier fi Ahadits al-Basyir wa al-Nadzir 1/35]

Dari ‘Abdullah Busr, bersabda Rasulullah : “Barangsiapa yang menghormati (memuliakan) ahli bid’ah, maka sesungguhnya ia telah membantu menghancurkan Islam” [H/R al-Thabrani dalam Jalaluddin al-Suyuthi, al-Jami’ al-Shagier fi Ahadits al-Basyir wa al-Nadzir 2/183]

Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Orang-orang ahli bid’ah itu seburuk-buruknya makhluk dan seburuk-buruk yang diciptakan” [H/R Abu Nu’aim dalam Ali al-‘Azizi, al-Siraj al-Munir 2/77]

Dari Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah bersabda: “Orang-orang ahli bid’ah itu adalah anjing-anjing neraka!” [H/R Abu Hatim al-Khuza’i dalam Ali al-‘Azizi, al-Siraj al-Munir 2/77]

Kebencian Generasi Salafus Soleh Terhadap Ahli Bid’ah

Sufyan al-Tsauri berkata: “Bid’ah lebih dicintai Iblis daripada kemaksiatan kerana (pelaku) maksiat dapat (diharapkan) bertaubat sedangkan (pelaku) bid’ah tidak dapat (diharapkan lagi) untuk bertaubat” [Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatwa 11/372]

Al-Fudha’il bin ‘Iyyadh berkata: “Sesiapa yang duduk dengan ahli bid’ah maka berhati-hatilah darinya dan sesiapa yang duduk dengan ahli bid’ah tidak akan diberi al-hikmah. Dan saya ingin jika di antara saya dan ahli bid’ah ada benteng dari besi yang kukuh, dan saya makan di sebelah Yahudi dan Nasrani lebih saya sukai daripada makan di sebelah ahli bid’ah!” [Riwayat al-Lalika’i, 4/638 no: 1149]

Al-Imam al-Barbahari berkata: “Jika kamu dapati seorang sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang buruk jalan dan mazhabnya, fasiq (derhaka) dan faqir, ahli maksiat, sesat namun ia berpegang dengan (manhaj atau prinsip) Sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu. Dan jika kamu lihat seseorang giat beribadah, meninggalkan kesenangan dunia (zuhud), bersemangat dalam beribadah (‘abid), pengekor hawa nafsu (bid’ah), maka janganlah bermajlis atau duduk bersamanya dan jangan pula mendengar ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan kerana saya tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya” [Lihat Syarh al-Sunnah, 124 no: 149]

Imam Syafi’e berkata : “Jika seorang hamba menghadap Allah dengan segenap dosa (besar) kecuali syirik jauh lebih baik daripada dia menghadap Allah membawa sesuatu berupa bid’ah” [Lihat Syarh al-Sunnah 124 disandarkan kepada al-Baihaqi dalam al-‘I’tiqad 1/184]

Imam Ahmad Hanbal berkata: “Kuburan ahli Sunnah pelaku dosa besar bagaikan taman sedangkan kubur ahli bid’ah biarpun ahli zuhud adalah jurang neraka!. Orang fasiq di kalangan ahli Sunnah termasuk wali-wali Allah sedang orang-orang zuhud dari kalangan ahli bid’ah adalah musuh-musuh Allah!” [Lihat Thabaqat Hanabilah 1/184]

Amru bin Qais al-Mulaiy dan Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Jika kamu lihat seorang pemuda tumbuh bersama Ahli Sunnah Wal Jama’ah harapkanlah kebaikannya dan bila ia tumbuh bersama ahli bid’ah berputus asalah dari mengharap kebaikannya kerana pemuda itu bergantung di atas apa yang pertama kali ia tumbuh dan dibentuk” [Lihat Al-Ibanah 1/205 no: 44 dan 2/428 no: 518. Lihat juga al-‘Adab al-Syari’ah oleh Ibnu Muflih 3/77]

Sa’id bin Jubair berkata: “Seandainya anakku berkawan dengan orang fasiq licik tetapi Sunni (ahli Sunnah) lebih aku cintai daripada dia berteman dengan ahli ibadah namun mubtadi’ atau pelaku bid’ah” [Lihat Ibnu Baththah dalam al-Syarh wa al-Ibadah 132 no: 87]

Al-Awwam bin Hausyab berkata mengenai anaknya, Isa : “Demi Allah! Sungguh jika aku melihat Isa duduk dengan pemain muzik dan peminum arak dan orang yang berbicara sia-sia lebih aku sukai daripada aku melihatnya duduk dengan tukang debat ahli bid’ah!” [Lihat al-Bida’ 56]

Al-Fudha’il bin ‘Iyyadh berkata:”Sesiapa yang menghormati ahli bid’ah bererti dia memberi bantuan untuk meruntuhkan Islam dan sesiapa yang tersenyum kepada ahli bid’ah maka dia telah menganggap remeh apa yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad, dan sesiapa yang menikahkan puterinya kepada mubatadi’ atau pencipta dan pelaku bid’ah, maka dia telah memutuskan hubungan silaturrahimnya. Dan sesiapa yang mengiringi jenazah seorang mubtadi’ akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia kembali. Saya makan bersama Yahudi dan Nasrani dan tidak makan bersama mubtadi’” [Lihat Syarh al-Sunnah 139]

Mengenal Ciri-Ciri Ahli Bid’ah

Imam al-Barbahari berkata: “Jika kamu mendengar seseorang mencerca atsar atau hadis-hadis, menolaknya dan menginginkan selain itu, maka curigailah keislamannya dan jangan kamu ragu bahawa ia adalah pengikut hawa nafsu dan mubtadi’ atau pengamal bid’ah” [Lihat al-Ibanah 2/115-116 no: 134]


Syaikh Abu Utsman Ismail bin Abdur Rahman al-Shobuni berkata: “Dan tanda-tanda ahli bid’ah itu sangat jelas kelihatan pada mereka dan salah satu tanda yang paling menonjol adalah kerasnya permusuhan mereka terhadap para pembawa berita (hadis) Rasulullah, menghina dan meremehkan mereka” [Lihat Aqidatus Salaf 102 no: 163]

Qutaibah bin Sa’id berkata : “Apabila kamu lihat seseorang mencintai ahli hadis (ahli Sunnah), maka ketahuilah bahawa dia di atas Sunnah dan siapa yang menyelisihi perkara ini (membenci ahli Sunnah) maka ketahuilah bahawa dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah)” [Muqaddimah kitab Syi’ar Ashhabul Hadith Lil Ahkam 7

No comments:

Post a Comment