Thursday, April 21, 2011

Kematian

Sesungguhnya kematian ini adalah satu peristiwa yang amat menyedihkan kerana kita terpaksa berpisah dengan orang tersayang, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan dosanya.


Firman Allah dalam surah Al-Mulk:2

Maksudnya:
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup(kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);2

Yang sebenarnya sebagai orng yang beriman kita perlu muhasabah bahawasanya tidak ada yang harus dikhawtiri dalam kematian.Ia adalah pintu yang setiap pasti akan memasukinya. Tetapi menjadi masalah serius adalah, apa yang terjadi setelah kematian.? Marilah kita sama-sama fikirkan, apakah berupa taman dan sungai yang mengalir, dalam tempat yang dijanjikan Allah, ataukah berupa kesesatan dan api yang mengelojak ? Namun apakah persedian atau bekalan yang akan kita bawa.

2 comments:

  1. salam...

    'orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.'

    semoga tabah mengahadapi liku2 kehidupan...

    ReplyDelete