Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Celaan Terhadap Ketaksuban


al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) :
“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Friday, February 3, 2012

Rahmat Tuhan



~Tikaku kealpaan kau bisikkan
Bicara keinsafan kau beri
Kekuatan tika aku diuji
Dengan dugaan ... Saat ku
Kehilangan keyakinan kau
Nyalakan harapan saat ku
Meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat Nya
Mengatasi segala~

Seorang hamba Allah

Monday, January 23, 2012

Pesanan Buat Sahabat




Berjalanlah di bumi ini dengan kerendahan hati
Lihatlah dengan mata hati
Ukirkan senyuman agar kamu mendapat kecintaan daripada orang sekeliling
Tegas la apabila perlu
Lembutlah dalam bicaramu sepanjang waktu
Jagalah hati bermula dengan tundukkan pandangan
Apabila perlu pandanglah seadanya atas urusan
Dugaan menanti
Allah dekat di sisi..
Insya'Allah...:)



Daripada seorang hamba Allah,
12.19 malam,
Selasa
24 January 2012.