Showing posts with label Abu Muslihuddin. Show all posts
Showing posts with label Abu Muslihuddin. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga di bulan ini kita melaksanakan amalan sebanyak mungkin yang bertepatan dengan Sunnah Nabi s.a.w. Ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan terkurang. Moga momentum kita dalam melaksanankan ibadah di bulan Ramadhan ini akan berterusan sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya. Moga segala amalan yang kita laksanakan diterima oleh Allah s.w.t.

Tuesday, April 3, 2012

Telitilah Wahai Sahabat





Sepertimana yang kita ketahui, zaman sekarang merupakan zaman moden dan pada zaman ini orang semakin mencari ilmu-ilmu agama. Pada zaman moden ini, dengan mudah kita dapat mencari maklumat serta info-info terbaru samada dalam perbahasan agama, politik ataupun berkaitan dengan suasana sosial dan masyarakat melalui internet yang mana merupakan maklumat di hujung jari dan melalui buku-buku, kitab-kitab serta karya-karya ulama, ilmuan yang sudah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Pada zaman ini juga, masyarakat kita semakin mencari-cari ilmu agama sehingga sanggup berulang pada setiap hujung minggu ke ibu negara atau kemana-mana sahaja tempat yang jauh semata-mata ingin menuntut ilmu.


Perubahan masa dan zaman yang membuatkan pemikiran masyarakat kita semakin berfikiran terbuka dan dapat berfikir dengan lebih jauh dan meluas berbanding pada zaman dahulu yang mana masyarakat mempunyai fikiran yang lebih jumud dan bersifat 'mengongkong'. Tetapi , dengan kepesatan maklumat pada zaman sekarang kita perlu berhati-hati dan bertanya kepada diri kita sendiri ''adakah sahih atau tidak sesuatu maklumat atau info yang kita dapati itu ? '' . Perkara ini yang sebenarnya yang perlu kita teliti.

Jika kita lihat pada zaman sekarang, medan ilmu semakin rancak berbicara, berbahasa dan sebagainya. Dimana-mana sahaja kita akan lihat manusia akan berbicara mengenai ilmu terutamanya di dalam Facebook, Twitter serta laman-laman forum. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berbicara mengenai perkara yang dibenarkan tetapi perlulah memenuhi piawaian yang ditetapkan. Tetapi, medan ilmu ini akan tetap dicemari oleh orang yang taksub dengan pandangannya , tidak menerima serta mengiktiran pandangan orang lain , menghina, mencaci, mengkafirkan orang yang tidak sebulu dengannya serta menggunakan hujah-hujah yang palsu bagi mempertahankan pendapatnya.

Ingatlah bahawa pada zaman yang serba canggih ini, mari kita teliti dan menyemak sesuatu maklumat seta info yang kita dapati. Allah Subhanahuwa Taala berfirman

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujurat:6]

Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa perlunya kita selidiki atas setiap berita dan maklumat yang kita perolehi agar kita tidak menganiaya orang lain atas perbuat kita yang terlalu membenarkan segala khabar angin yang tidak kita ketahui kesahihannya.Sabda nabi :

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

''Cukuplah seseorang dikatakan berdusta, jika ia menceritakan setiap yang dia dengar.”

(HR. Muslim).

Jadi, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan saling tegur menegur dalam kesilapan agar kita bertambah baik dari masa-masa. Jika dahulu kita orang yang kekurangan ilmu, alhamdulillah sekarang kita berada di zaman orang semakin mencari ilmu. Jika dahulu kita orang yang selalu mencari ilmu sekarang kita menjadi orang yang mencari ilmu dan maklumat dengan penuh penelitian agar bukan sahaja mengelakkan diri kita daripada kecelakaan bahkan kepada orang lain juga.

Tuesday, March 13, 2012

Remaja bercinta...??!!!



Remaja. Kehidupan sebagai remaja tidak dapat lari daripada sentiasa ingin dibelai, dirindui dan dikasihi oleh orang lain yang bukan daripada ahli keluarga mereka. ''Mungkin disebabkan 'effect' 4 atau 5 tahun selepas mereka baligh'' .Tapi, apabila mereka memasuki alam menengah tinggi dan alam universiti mereka sering terdedah kepada ilmu-ilmu yang bersifat keagamaan. Ini satu perkembangan yang baik. Tetapi, apabila menyentuh bab cinta sebelum kahwin, cinta muda dan cinta remaja , tanpa ilmu , maklumat, info dan pencerahan yang kurang mendalam, mereka dengan mudah akan MENGHARAMKAN serta merta cinta mereka. Yang kita sedia maklum, couple= keluar dating bermesra dan saling berpimpin tangan dan seumpanya saya kira bahawa semua setuju yang ini adalah haram.Tetapi, kalau bermaksud berkongsi, memiliki dan memendam perasaan antara lelaki dan perempuan adakah ini termasuk hukum yang haram ?

Disini saya lampirkan beberapa link : http://drmaza.com/home/?p=1729

http://syahirul.com/gagal-memahami-erti-zina-hati/

http://drjuanda.com/?p=206

link yang saya sertakan ini adalah buat tatapan umum, saya tidak akan menjelaskan secara terperinci mengapa dibenarkan perasaan dan keinginan cinta itu.

Ibnu Qayyim ada mengatakan bahawa :


فنقول العشق لا يحمد مطلقا ولا يذم مطلقا وإنما يحمد ويذم باعتبار متعلقه فإن الإرادة تابعة لمرادها والحب تابع للمحبوب فمتى كان المحبوب مما يحب لذاته أو وسيلة توصله إلى ما يحب لذاته لم تذم المبالغة في محبته بل تحمد وصلاح حال المحب كذلك بحسب قوة محبته

Dapatlah saya katakan bahawa cinta itu tidak boleh dipuji secara mutlak dan tidak sepatutnya dicela secara mutlak pula. Cinta boleh dipuja dan dicela menurut pertimbangannya.Sebab sesuatu kehendak dan keinginan itu bergantung kepada apa yang dicintai. Selagi apa yang dicintai termasuk sesuatu yang memang layak dicintai, atau sebagai sarana untuk menghantarkan kepada apa yang layak dicintai, maka cintanya yang berlebih-lebihan tidak akan dicela dan bahkan dipuji.Kebaikan keadaan orang yang mencintai juga bergantung kepada kekuatan cintanya.

(روضةالمحبين ونزهة المشتاقين لابن قيم الجوزية, Panduan bercinta dan memendam perasaan/ الباب السادس عشر في الحكم بين الفريقين وفصل النزاع بين الطائفتين, bab Keputusan hukum tentang dua golongan dan mendekatkan perbezaan antara keduanya( memuji cinta secara mutlak dan mencela cinta secara mutlak))

Dar al-Kutub Ilmiah, Beirut, Lubnan

Friday, February 3, 2012

Rahmat Tuhan



~Tikaku kealpaan kau bisikkan
Bicara keinsafan kau beri
Kekuatan tika aku diuji
Dengan dugaan ... Saat ku
Kehilangan keyakinan kau
Nyalakan harapan saat ku
Meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat Nya
Mengatasi segala~

Seorang hamba Allah

Monday, January 23, 2012

Laman Web Yang Boleh Dijadikan Rujukan

Perkongsian: Laman-laman web yang bermanfaat!

Web-web yang boleh dijadikan rujukan

Bahasa Malaysia

http://al-fikrah.net/
http://al-ahkam.net/
http://www.abuanasmadani.com/
http://drmaza.com/
http://darulkautsar.net/
http://abuumair1.wordpress.com/
http://aljawhar.wordpress.com/
http://www.alitantawi.blogspot.com/
http://an-nawawi.blogspot.com/
http://ilidalila.wordpress.com/
http://soaljawab.wordpress.com/

Indonesia

http://muslim.or.id/
http://almanhaj.or.id/
http://rumaysho.com/
http://ustadzkholid.com/
http://ustadzaris.com/
http://www.firanda.com/
http://ikhwanmuslim.com/
http://sunniy.wordpress.com/
http://al-sofwah.or.id/
http://muslimah.or.id/
http://akhwat.web.id/
http://wimakassar.org/
http://attaubah.com/


Bahasa Inggeris:

http://islamqa.com/en
http://islamweb.net/emainpage/index.php
http://english.islamway.com/
http://islamtoday.net/

Bahasa Arab

http://islamweb.net/
http://dorar.net/

sumber:
http://www.facebook.com/masriTampin

Pesanan Buat Sahabat




Berjalanlah di bumi ini dengan kerendahan hati
Lihatlah dengan mata hati
Ukirkan senyuman agar kamu mendapat kecintaan daripada orang sekeliling
Tegas la apabila perlu
Lembutlah dalam bicaramu sepanjang waktu
Jagalah hati bermula dengan tundukkan pandangan
Apabila perlu pandanglah seadanya atas urusan
Dugaan menanti
Allah dekat di sisi..
Insya'Allah...:)



Daripada seorang hamba Allah,
12.19 malam,
Selasa
24 January 2012.

Wednesday, January 18, 2012

Doa - doa iftitah Nabi

Sumber: Sifat Solat Nabi oleh Shaikh al-Albani.

Penomboran hadis: Ensiklopedia Hadis http://www.islamweb.net/hadith/

Di bawah ini merupakan doa-doa iftitah yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW. Mari kita hafal dan amalkan.


a) اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

Ya Allah, jauhkanlah di antara aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah menjauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada kesalahanku, sebagaimana engkau telah membersihkan pakaian yang putih daripada kotoran. Ya Allah, cucilah kesalahanku dengan air, salji dan ais [Sahih al-Bukhari][1]


b) : " وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ، إِنَّ صَلَاتِي ، وَنُسُكِي ، وَمَحْيَايَ ، وَمَمَاتِي ، لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، لَا شَرِيكَ لَهُ ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ ، ظَلَمْتُ نَفْسِي ، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا ، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ ، لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا ، لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ ، أَنَا بِكَ ، وَإِلَيْكَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Aku menghadapkan wajah ku dengan ikhlas (di dalam Islam) kepada yang telah menciptakan langit dan bumi, dan tidaklah aku di kalangan orang-orang Musyrikin. Sesungguhnya solatku, korbanku, kehidupanku, dan kematianku adalah untuk Allah. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada kalangan kaum Muslimin. Ya Allah, Engkauhlah Raja, Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau adalah Tuhanku, dan aku merupakan hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri, dan aku mengaku tentang dosaku. Maka ampunkanlah dosa-dosa ku kesemuanya. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku ke arah akhlak yang terbaik. Tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepada ku kea rah akhlak yang terbaik melainkan Engkau. Selamatkan diriku dari akhlak yang terburuk. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku daripada akhlak yang terburuk kecuali Engkau. Aku di sini dan aku berbahagia untuk berkhidmat kepadaMu. Semua kebaikan di tanganMu, kejahatan pula bukan daripadaNya. Aku bersama Engkau, aku bersamaMu dan kepadaMu wahai yang penuh barakah dan Maha Tinggi. Aku memohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadamu. [Muslim][2]


c) سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَتَعَالَى جَدُّكَ ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُك

Maha Suci Engkau Ya Allah, dan segala puji untuk Mu, namaMu yang penuh barakah, kekuasaanMu yang Maha Tinggi, dan Tiada yang berhak diibadahi selain Engkau [Musnad Imam Ahmad][3]


d) اللَّهُ أَكْبَرُ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ

Allah Maha Besar. Segala pujian bagi Allah dengan sebenar-benar pujian yang banyak, baik dan diberkati [Sunan an-Nasaie][4]


e) اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Allah benar-benar Maha Besar, Segala pujian yang melimpah ruah untukNya, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang [Muslim][5]


f) اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ ، وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ ، وَالنَّارُ حَقٌّ ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ , وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ , وَالسَّاعَةُ حَقٌّ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Ya Allah, untukMu segala pujian. Engkaulah yang membangunkan langit dan bumi dan apa yang ada padanya. UntukMu segala pujian, untukMu pemerintahan langin dan bumi dan apa yang ada padanya. UntukMu segala pujian, Engkaulah cahaya langit dan bumi. UntukMu segala pujian, Engkau adalah realiti, janjiMu adalah realiti, pertemuan denganMu adalah realiti, syurga adalah realiti, neraka adalah realiti, nabi-nabi adalah realiti, Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah realiti, hari kiamat adalah realiti. Ya Allah, kepada Engkau aku menyerah diri, dengan Engkau aku beriman, ke atas Engkau aku bertawakkal, kepada Engkau aku bertaubat, dengan Engkau aku berjuang, kepada Engkau aku berhakim, maka ampunilah aku apa-apa yang telah aku lakukan dan akan aku lakukan, apa-apa yang aku sembunyikan dan apa-apa yang aku zahirkan. Engkaulah Yang Pertama dan Yang Terakhir, tiada yang berhak diibadahi selain Engkau [Sahih Muslim][6]


g) اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ ، وَمِيكَائِيلَ ، وَإِسْرَافِيلَ ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hambaMu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkilah aku dengan izinmu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kea rah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki [Sahih Muslim][7]


h) Bertakbir sepuluh kali, tasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali, istighfar sepuluh kali kemudian membaca sebanyak sepuluh kali:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي

Ya Allah, ampuni aku, berikan aku petunjuk, dan berikan aku rezeki.


Kemudian membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kesempitan di hari kiamat [Musnad Ahmad][8]



Nota kaki:


[1] حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ الْقَعْقَاعِ ، قَالَ :حَدَّثَنَا أَبُو زُرْعَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ ، قَالَ : " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً ، قَالَ : أَحْسِبُهُ ، قَالَ : هُنَيَّةً ، فَقُلْتُ بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ ، قَالَ : أَقُولُ اللَّهُمَّ بَاعِدْ

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mendiamkan diri dalam jangka masa yang pendek di antara takbir dan membaca surah. Aku (Abu Hurairah) berkata: Demi bapa dan ibuku wahai Rasulullah, apakah yang engkau baca ketika engkau senyap di antara takbir dan membaca surah. Jawab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam: Aku membaca..(baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca doa di atas) [Sahih al-Bukhari: 706]


[2] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ ، حَدَّثَنَا يُوسُفُ الْمَاجِشُونُ ، حَدَّثَنِي أَبِي ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، عَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ كَانَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قَالَ : " وَجَّهْتُ …..، وَإِذَا رَكَعَ ، قَالَ ……

Daripada ‘Ali bin Abi Talib Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bangun bersolat di waktu malam, baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca: (doa di atas). Apabila ruku’ membaca….. [Sahih Muslim: 1296]


[3] حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ ، قَالَ : حدثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ عَلِيٍّ ، عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ ، عَنْأَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ قَالَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ…..

Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memulakan solatnya, baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca: (doa di atas) [Musnad Ahmad: 11445]


[4] رقم الحديث: 963 962 (حديث مرفوع) أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، قَالَ : نا حَجَّاجٌ ، قَالَ : نا حَمَّادٌ ، عَنْ ثَابِتٍ ، وَقَتَادَةَ ، وَحُمَيْدٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، أَنَّهُ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يُصَلِّي بِنَا إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ ، وَقَدْ حَفَزَهُ النَّفَسُ ، فَقَالَ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاتَهُ ، قَالَ : أَيُّكُمُ الَّذِي تَكَلَّمَ بِكَلِمَاتٍ ؟ " فَأَرَمَّ الْقَوْمُ ، قَالَ : " إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ بَأْسًا " ، قَالَ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، جِئْتُ وَقَدْ حَفَزَنِي النَّفَسُ فَقُلْتُهَا ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ رَأَيْتُ اثْنَيْ عَشَرَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَرْفَعُهَا " .

Sunan an-Nasai


[5] حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيل ابْنُ عُلَيَّةَ ، أَخْبَرَنِي الْحَجَّاجُ بْنُ أَبِي عُثْمَانَ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : " بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنِ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا ؟ " ، قَالَ رَجُلٌ مِنِ الْقَوْمِ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : " عَجِبْتُ لَهَا ، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ " ، قَالَ ابْنُ عُمَرَ : فَمَا تَرَكْتُهُنَّ ، مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ ذَلِكَ

Daripada Ibn Umar Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila seorang lelaki membaca: (doa di atas), maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: Siapakah pembaca kalimah itu dan ini? Jawab seorang lelaki di kalangan mereka: saya wahai Rasulullah. Lalu baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Aku takjub kepadanya, telah dibuka baginya pintu-pintu langit. Kata Ibn Umar: Aku tidak meninggalkannya (tidak meninggalkan membacanya) semenjak aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata sedemikian. [Muslim: 948]


[6] حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ , قَالَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ , قَالَ : حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ أَبِي مُسْلِمٍ ، عَنْ طَاوُسٍ ، سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ , قَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ ….

Daripada Ibn Abbas Radiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila bangun malam melakukan solat tahajud, baginda membaca..( doa di atas) [Sahih al-Bukhari: 1060]


[7] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، وَمُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ ، وَعَبْدُ بْنُ حميد ، وأبو معن الرقاشي ، قَالُوا : حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ ، حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ ، بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْتَتِحُ صَلَاتَهُ ، إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ ؟ قَالَتْ : كَانَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ افْتَتَحَ صَلَاتَهُ " اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ …..

Daripada Abu Salamah Radiallahu ‘anhu: Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anha: Dengan apakah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membuka solatnya. ‘Aisyah menjawab: Apabila bangun malam, baginda membuka solatnya dengan membaca (doa di atas) [Sahih Muslim: 1295]


[8] رقم الحديث: 24540 (حديث مرفوع) حَدَّثَنَا يَزِيدُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا الْأَصْبَغُ ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي رَبِيعَةُ الْجُرَشِيُّ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ ، فَقُلْتُ : مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ ؟ وَبِمَ كَانَ يَسْتَفْتِحُ ؟ قَالَتْ : كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا وَيُسَبِّحُ عَشْرًا ، وَيُهَلِّلُ عَشْرًا ، وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا ، وَيَقُولُ : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي " عَشْرًا ، وَيَقُولُ : " اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ " عَشْرًا .

Daripada Rabi’ah al-Jarsyi, aku bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anha: Apakah yang dibaca oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika melakukan solat malam? Dan dengan apa pula baginda membuka solatnya? ‘Aisyah menjawab: Baginda bertakbir sepuluh kali, bertasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali dan beristighfar sepuluh kali, kemudian membaca doa ‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي’ sepuluh kali, kemudian membaca اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ sepuluh kali. [Musnad Ahmad: 24250]


sumber pengambilan :
http://www.facebook.com/notes/mohd-masri-mohd-ramli/doa-doa-iftitah-nabi/10150096643491716

Tuesday, January 17, 2012

Membawa Pembaharuan


Dunia hari ini, terdedah kepada pelbagai isu. Manusia mampu menilai pandangan dengan menggunakan medium-medium yang ada pada hari ini seperti Facebook, blog-blog, karya-karya ilmuan dan sebagainya. Tetapi kejumudan yang mengongkong pemikiran masyarakat dahulu mengundang kebangkitan Liar.

''Berbeza pandangan antara pelbagai golongan masyarakat adalah perkara biasa.Apatah lagi dalam perkara-perkara yang sememangnya boleh diberikan pelbagai tafsiran dan andaian.Perbezaan pandangan dalam usaha mencari keputusan yang terbaik adalah satu keperluan hidup insani. Mengikut secara membabi buta tanpa mahu berfikir dan menilai adalah punca kesesatan ataupun sebab kepada kemunduran sesebuah masyarakat''(Dr Asri, Travelog Minda Tajdid, PTS Islamika)

Semua ini sudah berlaku dari zaman dahulu lagi sehingga golongan-golongan yang membawa pembaharuan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah di beri label-label tertentu seperti wahabi dan kaum muda sehingga membuatkan masyarakat takut dengan pemikiran yang dibawa oleh mereka. Masyarakat hari ini bukan seperti masyarakat zaman dahulu. Jika kita lihat masyarakat dunia sekarang ber revolusi untuk mahukan politik yang adil, tidak hairanlah masyarakat dunia sekarang juga mahukan pemikiran yang 'telus' dan 'adil'.

Lebih membimbangkan apabila pandangan ilmiah yang memenuhi piawaian yang betul 'diharamkan' atas nama agama. Ini menyebabkan sesetengah golongan yang menguasai agama menghukum orang yang berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh agama ataupun musuh Tuhan. Realitinya, jumud pemikiran ini membawa kepada kebangkitan yang menghapuskan segala keterikatan, sekalipun keterikatan yang wajar. Itu adalah punca Islam tidak hanya mengharamkan sikap cuai dalam agama, tetapi juga mengharamkan sikap melampau ataupun keras dalam beragama yang bukan pada tempatnya. Kedua-duanya adalah jalan kejahilan, kesesatan dan jalan syaitan.

Firman Allah ''Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus". (al-Maidah, 77).





golongan ahbas merupakan puak yang melampu
sehingga menuduh sesiapa yang tidak bersependapat
dengan mereka sebagai sesat, keluar mazhab
dan pelbagai label-label yang bertujuan memaki hamun



Kejumudan golongan agamawan yang menyebabkan agama Kristian dipersenda